RUANGAN IKLAN


Dapatkan Produk NISVIA Pada Harga RM35!!!


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com

Pageviews

Kerajaan Malaysia

Perdana Menteri Malaysia bukan dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Seramai 2483 orang perwakilan daripada 191 bahagian UMNO melantik Presiden UMNO. Presiden UMNO secara automatiknya akan diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Konklusi, Perdana Menteri dipilih oleh sebahagian kecil daripada ahli UMNO. Perwakilan tidak boleh dikatakan sebagai mewakili suara rakyat secara keseluruhan walau mereka memenangi pilihan raya sekalipun. Rakyat hanya memilih mereka pada peringkat DUN atau Parlimen jika perwakilan itu memegang salah satu atau kedua-kedua kerusi tersebut. Bagaimanapun ia tidak membolehkan perwakilan mewakili rakyat dalam memilih Perdana Menteri Malaysia.

Tuesday, March 8, 2011

Kes Anwar: "Bukti Tidak Sah" - Hakim

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan tiga barang yang diambil dari sel tempat beliau ditahan semalaman pada 16 Julai, 2008 daripada dijadikan sebagai bukti.

Turut digugurkan ialah sampel yang diambil daripada barangan itu yang menurut pihak pendakwa adalah sepadan dengan profil DNA Lelaki Y, yang air maninya ditemui dalam dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu Anwar.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mendapati tiga barang itu -- sehelai tuala kecil Good Morning, satu botol air mineral dan satu berus gigi -- diperoleh secara tidak sah.


"Oleh yang demikian, tiga barangan berkenaan dan mana-mana keterangan berkaitan dengan analisis DNA itu adalah digugurkan sebagai sebahagian barang bukti," katanya dalam penghakiman lisannya.

Ini bermakna keterangan yang diberikan ahli kimia Nor Aidora Saedon yang mengambil sampel daripada barangan tersebut tidak akan diterima sebagai keterangan.

Begitu juga dengan keterangan ketua makmal forensik Polis Diraja Malaysia di Cheras, Superintendan Hamidon Adnan, yang mengambil tiga barang itu dari sel di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Hakim Mohamad Diah membenarkan permohonan pihak pembelaan bagi diadakan perbicaraan dalam perbicaraan atas alasan penahanan Anwar tidak mengikut undang-undang dan tiga barang itu diperoleh secara tidak sah. 
Pihak pembelaan memanggil Anwar dan dua peguam belanya iaitu S N Nair, yang ada bersamanya semasa beliau ditahan oleh polis semasa dalam perjalanan ke rumahnya di Segambut dan R Sivarasa, yang ada bersamanya di IPK, sebagai saksi manakala hanya Superintendan Ahmad Taufik Abdullah, pegawai polis yang menahan Anwar, memberikan keterangan bagi pihak pendakwa.

Karpal Singh, pada awal prosiding hari ini, mempertahankan hujahannya bahawa polis memperoleh barangan itu " secara tidak sah dan tidak adil" selepas Anwar enggan memberikan profil DNA beliau.

Beliau berkata, mahkamah sepatutnya mencontohi kes undang-undang di Malaysia dan bukannya Amerika Syarikat atau Britain atau negara asing lain dalam membuat keputusan sama ada untuk membenarkan barangan itu diterima sebagai barang bukti.

Peguam Cara Negara 11, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden semalam menjadikan kes undang-undang di Amerika Syarikat, Britain, Jamaica dan Afrika sebagai contoh semasa berhujah bahawa keterangan yang relevan patut diterima walaupun ia mungkin diperoleh secara tidak sah.

Selepas menyampaikan keputusannya itu, Hakim Mohamad Zabidin meminta pihak pendakwa meneruskan perbicaraan kes Anwar, 63, yang dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Mohamed Yusof, bagaimanapun berkata, pihak pendakwa tidak bersedia untuk meneruskannya kerana saksi-saksi tidak diminta hadir pada prosiding hari ini.

Katanya, pihak pendakwa akan memanggil tiga saksi termasuk pegawai penyiasat Deputi Superintendan, Judy Balicious Pereira.

Hakim Mohamad Zabidin menangguhkan perbicaraan esok. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Popular Posts @ Isu Realiti Politik

Followers

Sumber Info. Sila Klik.

Free Automatic Backlink
Text Back Link Exchange
Web Link Exchange
backlink
Free Automatic Link
top backlinks referers free
trafic backlinks
Free Automatic Link
Web Link Exchange
Text Back Links Exchanges

Sila Letakkan Backlink Ini Di Blog/ Web Anda

Iklan