RUANGAN IKLAN


Dapatkan Produk NISVIA Pada Harga RM35!!!


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com

Pageviews

Kerajaan Malaysia

Perdana Menteri Malaysia bukan dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Seramai 2483 orang perwakilan daripada 191 bahagian UMNO melantik Presiden UMNO. Presiden UMNO secara automatiknya akan diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Konklusi, Perdana Menteri dipilih oleh sebahagian kecil daripada ahli UMNO. Perwakilan tidak boleh dikatakan sebagai mewakili suara rakyat secara keseluruhan walau mereka memenangi pilihan raya sekalipun. Rakyat hanya memilih mereka pada peringkat DUN atau Parlimen jika perwakilan itu memegang salah satu atau kedua-kedua kerusi tersebut. Bagaimanapun ia tidak membolehkan perwakilan mewakili rakyat dalam memilih Perdana Menteri Malaysia.

Tuesday, March 8, 2011

Kes Anwar: Berus Gigi, Tuala "Good Morning", Air Mineral.


KUALA LUMPUR: Tiada tipu muslihat digunakan untuk memperdayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menggunakan berus gigi, tuala dan minum air mineral daripada botol yang dibawanya ke dalam bilik lokap tempat beliau ditahan di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Lumpur pada 16 Julai 2008, Mahkamah Tinggi semalam diberitahu.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, ketika berhujah dalam prosiding bicara dalam perbicaraan bagi menentukan sama ada tiga barang itu boleh diterima sebagai barang bukti berkata, Anwar juga tidak diugut, didorong, dipaksa atau ditekan dalam proses mendapatkan bukti itu.

Katanya, walaupun bukti diperoleh dengan cara yang tidak sah, mahkamah masih boleh menggunakan budi bicara untuk menerimanya sebagai barang bukti kerana ia relevan kepada kes liwat membabitkan Anwar.


“Pihak pembelaan gagal membuktikan bukti diperoleh atau diambil daripada bilik lokap diperoleh melalui cara yang tidak betul dan sah kerana mereka tidak dapat membuktikan Anwar tidak dimaklumkan alasan tangkapan terhadapnya.

“Kami memohon kebenaran memanggil semula Ahli Kimia Nor Aidora Saedon dan bekas Ketua Bahagian Siasatan Tempat Kejadian Jenayah (CSI) Makmal Forensik IPKKL Superintendan Amidon Anan bagi mengemukakan barang itu sebagai bukti,” katanya.

Dalam perbicaraan terdahulu, Nor Aidora Saedon dalam keterangannya berkata profil DNA yang diperoleh daripada semua barang itu mendapati ia sepadan dengan profil DNA 'Male Y' ditemui dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan. 

Sementara itu, Amidon pula memberitahu mahkamah beliau diarahkan merampas barang itu daripada Lokap Cawangan Jenayah Berat (D9) IPK pada jam 11.40 pagi 17 Julai 2008. Anwar ditahan satu malam di dalam lokap itu dari jam 11.05 malam, 16 Julai 2008 hingga 8 pagi keesokan hari. 
Berhubung dakwaan Anwar mengenai pemeriksaan perubatan dijalani beliau 16 Julai lalu yang merendahkan dan mengaibkan, Mohamed Yusof berkata Hospital Kuala Lumpur (HKL) tidak mengamalkan diskriminasi dan menggunakan kaedah berbeza terhadapnya. 

“Pihak HKL bukan sebahagian daripada pendakwaan dan tidak bersikap berat sebelah malah Anwar tidak dilayan dengan berbeza, itu adalah realiti pemeriksaan. Bukti yang kami peroleh juga tidak didapati melalui pemeriksaan yang didakwa mengaibkan ini,” katanya.

Sementara itu, peguam Anwar, Karpal Singh berhujah berus gigi, tuala ‘Good Morning’ dan botol air mineral jenama ‘Cactus’ itu diperoleh secara tidak sah kerana diambil tanpa kehadiran tertuduh.

Perbicaraan di depan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersambung hari ini.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts @ Isu Realiti Politik

Followers

Sumber Info. Sila Klik.

Free Automatic Backlink
Text Back Link Exchange
Web Link Exchange
backlink
Free Automatic Link
top backlinks referers free
trafic backlinks
Free Automatic Link
Web Link Exchange
Text Back Links Exchanges

Sila Letakkan Backlink Ini Di Blog/ Web Anda

Iklan