RUANGAN IKLAN


Dapatkan Produk NISVIA Pada Harga RM35!!!


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com

Pageviews

Kerajaan Malaysia

Perdana Menteri Malaysia bukan dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Seramai 2483 orang perwakilan daripada 191 bahagian UMNO melantik Presiden UMNO. Presiden UMNO secara automatiknya akan diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Konklusi, Perdana Menteri dipilih oleh sebahagian kecil daripada ahli UMNO. Perwakilan tidak boleh dikatakan sebagai mewakili suara rakyat secara keseluruhan walau mereka memenangi pilihan raya sekalipun. Rakyat hanya memilih mereka pada peringkat DUN atau Parlimen jika perwakilan itu memegang salah satu atau kedua-kedua kerusi tersebut. Bagaimanapun ia tidak membolehkan perwakilan mewakili rakyat dalam memilih Perdana Menteri Malaysia.

Tuesday, March 8, 2011

Anak Taib Akan Dicabar Pesuruhjaya PAS Sarawak


KUCHING: Pembangkang akan meletakkan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya, sekiranya Barisan Nasional (BN) memilih anak kedua Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, sebagai calonnya.
Adam, 61, bekas Setiausaha Sulit Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Wahab Suhaili dari Barisan Nasional (BN), antara 1990 hingga 1995, mengesahkan beliau akan bertanding di kawasan berkenaan pada pilihan raya negeri akan datang.


“Saya sedia menentang siapa saja dan memang bagus sekiranya BN mahu meletakkan Datuk Seri Mahmud (Abu Bekir) sebagai calonnya di DUN Sadong Jaya. Soal menang atau kalah itu adalah urusan Allah. 

“Memang kami mengetahui BN akan meletakkan calon baru di DUN Sadong Jaya tetapi saya tidak menjangkakan Datuk Seri Mahmud kerana beliau lebih terkenal sebagai ahli perniagaan,” katanya kepada Berita Harian, di sini, semalam. 

Kelmarin, Ketua Kampung Semera Hilir, Ain Mahli, bersama ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dari kawasan itu hadir di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako di sini, bagi menyerahkan memorandum memohon Mahmud menjadi calon mereka di DUN Sadong Jaya. 

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2006, BN melalui Wan Abdul Wahab memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 858 undi, selepas menewaskan calon PKR, Piee Ling, namun Wan Abdul Wahab mengumumkan akan berundur pada November lalu. 
Mengulas mengenai permohonan PAS bagi bertanding di enam kerusi DUN, Adam mengakui berlaku pertindihan kawasan antara parti terbabit dan parti pembangkang lain berikutan mereka turut berminat meletakkan calon di kawasan sama. 

“Kita bercadang untuk meletakkan calon di DUN Beting Maro, Sebangan, Sadong Jaya, Tupong, Senadin dan Jepak, namun PKR dan DAP turut berminat untuk bertanding di dua dari enam kawasan berkenaan,” katanya. 

No comments:

Post a Comment

Popular Posts @ Isu Realiti Politik

Followers

Sumber Info. Sila Klik.

Free Automatic Backlink
Text Back Link Exchange
Web Link Exchange
backlink
Free Automatic Link
top backlinks referers free
trafic backlinks
Free Automatic Link
Web Link Exchange
Text Back Links Exchanges

Sila Letakkan Backlink Ini Di Blog/ Web Anda

Iklan