RUANGAN IKLAN


Dapatkan Produk NISVIA Pada Harga RM35!!!


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com

Pageviews

Kerajaan Malaysia

Perdana Menteri Malaysia bukan dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Seramai 2483 orang perwakilan daripada 191 bahagian UMNO melantik Presiden UMNO. Presiden UMNO secara automatiknya akan diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Konklusi, Perdana Menteri dipilih oleh sebahagian kecil daripada ahli UMNO. Perwakilan tidak boleh dikatakan sebagai mewakili suara rakyat secara keseluruhan walau mereka memenangi pilihan raya sekalipun. Rakyat hanya memilih mereka pada peringkat DUN atau Parlimen jika perwakilan itu memegang salah satu atau kedua-kedua kerusi tersebut. Bagaimanapun ia tidak membolehkan perwakilan mewakili rakyat dalam memilih Perdana Menteri Malaysia.

Friday, April 22, 2011

Asyik Berkokok Je Ayam Ni


Sikap para pemimpin Umno BN, tidak keterlaluan jika diumpamakan seperti ayam jantan yang berkokok di tepi-tepi jalan setiap hari, semata-mata hanya untuk mempamerkan kehebatan mereka kepada pihak lain.
Namun dalam masa yang sama tanpa disedari, sikap seperti itu bukanlah boleh mendatangkan perasaan hormat orang lain kepada mereka, sebaliknya hanya akan lebih membuktikan lagi sikap buruk mereka kepada orang ramai. 
Adun Bukit Payong, Marang, Mohd Nor Hamzah berkata, perlakuan ayam jantan dan sikap para pemimpin Umno BN itu antara lain boleh dirujuk daripada tindakan mereka yang selalu menunjuk-nunjukkan kepada orang ramai konon merekalah pihak yang berjasa kepada pelbagai pihak, setelah melaksanakan pelbagai projek pembangunan di dalam negara.
Menurut beliau, antara yang dihebohkan oleh mereka termasuklah tindakan dan kejayaan mereka melaksanakan rangkaian jalan raya yang cantik di seluruh negara. 
Katanya, dengan itu itu, mereka mendabik dada bersuara lantang setiap hari mengatakan merekalah sahaja pihak yang hebat yang berkemampuan melakukan semua itu, manakala pembangkang dikatakan hanya sekadar pandai bercakap tetapi tidak tahu melaksanakannya.
"Pada hal semua orang tahu, pembinaan jalan raya itu merupakan satu tanggungjawab asas bagi pihak pemerintah. Disebabkan mereka yang memerintah, merekalah yang bertanggungjawab membina jalan raya. Lainlah kalau parti pembangkang yang memerintah.
"Dengan menunjuk-nunjukkan diri kepada masyarakat dengan semua itu, apalah ertinya? Tidakkah mereka boleh diumpamakan seperti ayam jantan yang kerjanya hanyalah tahu berkokok di tepi-tepi jalan, tetapi tidak pula tahu berfikir lebih jauh tentang perbuatan mereka itu sendiri," katanya ketika ditemui, di sini.
Sungguhpun begitu, menurut beliau, rakyat kini sudah semakin bijak menilai semua itu dan mereka juga sudah semakin faham dengan segala tindakan yang dilakukan oleh para pemimpin Umno BN, berbanding PAS dan Pakatan Rakyat.
"Rakyat yang cerdik, terutama yang tinggal di bandar-bandar yang sentiasa terdedah dengan pelbagai maklumat pasti faham, apa yang telah dilakukan oleh para pemimpin Umno BN sebenarnya tidaklah seberapa, tetapi sikap menunjuk-nunjukkan diri mereka sahaja yang lebih," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Terengganu.
Malah, sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat yang memerintah negara ini, rangkaian jalan raya yang dibina pasti jauh lebih hebat dari yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan BN kerana semua tindakan yang dilakukan bertolak dari kesedaran para pemimpinnya sendiri dengan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka.
Begitulah juga dengan perlaksanaan projek-projek lain yang bukan sekadar tidak kurang hebatnya seperti yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan BN, tetapi lebih menjimatkan wang negara kerana segalanya dilakukan tanpa penyelewengan dan rasuah.   
Keadaan itu, katanya, berbeza dengan sikap para pemimpim Umno BN dalam melakukan sesuatu kerana ia lebih banyak kelihatan mempunyai kepentingan politik dari tuntutan lain termasuk tuntutan agama. 
"Untuk membolehkan mereka terus kekal berkuasa, mereka juga sanggup melakukan apa sahaja dalam pelbagai aspek walaupun membelakangi hukum Allah," katanya kesal

MCA Ajak Pulau Akhbar 'Rakan'

MCA menggesa rakyat Malaysia supaya memulaukan akhbar Utusan Malaysia kerana mecadangkan gerakan '1Melayu, 1Bumi' diutamakan. Parti itu mendakwa cadangan itu adalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum.

malaysiakini interview loh seng kok 061108 05Timbalan ketua publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata konsep 1Melayu, 1Bumi yang diilhamkan oleh akhbar milik Umno itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya.

Dalam kenyataan medianya dalam bahasa Mandarin, lewat petang semalam, Loh berkata semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras perlu memulaukan akhbar berkenaan dan mempercepatkan lagi edaranUtusan Malaysia yang terus menjunam.

"Pendirian akhbar itu mempersendakan konsep pentadbiran Najib berhubung 1Malaysia dan cuba menyemai benih jahat di minda orang ramai. Konsep lapuk itu pasti dibidas oleh masyarakat antarabangsa.

"Adakah Utusan Malaysia mahu meneladani Afrika Selatan dan Amerika Syarikat (yang satu ketika dulu) mengamalkan dasar apartheid dan pengasingan kaum?” soalnya.

NONELoh berkata Utusan Malaysia wajar diingatkan bahawa BN terdiri daripada 13 parti komponen yang mewakili pelbagai masyarakat berbilang kaum, justeru '1Melayu, 1Bumi' tidak baik bagi perikatan itu.

Paling penting katanya jika akhbar Melayu itu mahu dihormati setiap rakyat, ia harus komited terhadap konsep 1Malaysia dan membantu membina jambatan di kalangan rakyat pelbagai bangsa.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mencabar presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya mengenakan tekanan ke atas Umno supaya 'menegur' Utusan Malaysia berhubung artikel itu.

penang freewifi contract signing ceremony 260311 lim guan eng"Lakukannya Chua! Bagi tahu Umno supaya arahkan akhbarnya untuk menarik balik cadangan penubuhan '1Melayu, 1Bumi' ataupun MCA sepatutnya berundur dari BN,” kata Lim (kiri) dalam satu kenyataan.




Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan dalam ruangan Cuit tiga hari lalu, berkata DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.

Zaini berkata pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi".

Ayat Klise: Itu Bukan Pendapat Kerajaan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata gerakan '1Melayu, 1Bumi' yang disaran Utusan Malaysia merupakan pendapat peribadi penulis akhbar berkenaan dan bukan pandangan kerajaan.

NONE"Itu pendapat peribadi penulis yang berkenaan tetapi daripada segi kerajaan kita sudah ada gagasan yang cukup jelas dan kita akan teruskan usaha kita.

"Dan, bagi orang Melayu, yang penting sekali mereka sokong Umno kalau hendak bersatu daripada segi politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat pada Hari Perhimpunan Petani, Penternak dan Nelayan di Serdang, hari ini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan dalam ruangan Cuit dua hari lepas, berkata DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.

NONEZaini berkata pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi".

Ditanya saranan Penasihat DAP, Lim Kit Siang agar DAP bergabung dengan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap), Najib berkata: "Itu pembangkang (punya hal)...saya tidak mahu komen tetapi saya tidak nampak macam mana Snap boleh terima DAP kerana ideologi mereka berbeza".

Dua hari lalu, Lim mencadangkan DAP dan Snap bergabung pada pilihan raya umum akan datang dalam usaha memberi khimat yang lebih baik kepada masyarakat Iban-Dayak.

Ditanya mengenai gesaan beberapa pihak agar Tan Sri Abdul Taib Mahmud berundur sebagai Ketua Menteri Sarawak, Perdana Menteri berkata; "Saya telah memberikan komen saya...beri saya masa".

NONEMengenai rasa tidak puas hati orang ramai berhubung web portal E-mel 1Malaysia, Najib berkata memandangkan projek itu dibangunkan pihak swasta, biarlah pihak berkenaan yang menjelaskannya.

"Biarlah mereka yang membuat penjelasan...ia adalah cadangan mereka. Ia adalah inisiatif sektor swasta dan tidak melibatkan wang rakyat. Biarlah mereka ambil inisiatif untuk menjelaskannya (kepada rakyat)".















p/s: Najib: 1Melayu, 1Bumi bukan pandangan k'jaan? Kalau camtu kenape tak tarik permit utusan malaysia? Ini kerana ia berupa hasutan dan sepatutnya ditahan di bawah akta hasutan... masukkan la kat ISA.. tp ini sure takkan buat punyela.. 

Emel 1Malaysia: "Macam mana aku nak sorok ni"- Pak Najib

Setiausaha publisiti DAP yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menghentam projek 'E-mel 1Malaysia', dengan mendakwa bahawa kenyataan kerajaan mengenai projek itu, penuh dengan percanggahan.

NONEMenyifatkannya sebagai satu 'kegagalan', Pua berkata temberang itu pecah apabila seorang wakil makmal bidang ekonomi utama negara K'jaan tersandung sendiri, dalam projek Emel 1M'siamendedahkan bahawa agensi-agensi kerajaan akan membayar syarikat swasta dan penyedia emel, Tricubes Berhad, kira-kira 50 sen bagi setiap emel.

Pendedahan itu dibuat hanya dua hari selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menulis di Twitternya bahawa Emel 1Malaysia adalah projek swasta dan tidak membabitkan wang kerajaan, serta dibuat secara sukarela.

"Ia menggelikan hati mengenai cara Najib dan pegawai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) menyusun lapisan-lapisan untuk mengelirukan serta kenyataan-kenyataan yang bercanggah, dalam satu percubaan untuk menyembunyikan kegagalan Projek e-mel Malaysia'," katanya.

"Pertama, PEMANDU terpaksa bersusah payah menyunting huraian projek itu - daripada satu 'inisiatif kerajaan' kepada satu 'initiatif sektor swasta' - walaupun hakikatnya Tricubes telah mengumumkan di Bursa Malaysia bahawa ia telah mendapat projek emel dari Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

NONE"Bagaimanapun, dalam satu temubual di radio dengan BFM (stesen radio perniagaan) semalam, pengarah kandungan komunikasi dan 
infrastruktur, perkhidmatan bisnes NKEA, Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek mendedahkan bahawa agensi kerajaan akan membayar Tricubes Bhd untuk menggunakan pangkalan data emel 1Malaysia dari syarikat tersebut," kata Pua.

Fadhlullah Suhaimi dilaporkan berkata, beliau menjangka agensi-agensi berkenaan akan membayar Tricubes kira-kira 50 sen bagi setiap emel, yang didakwanya masih "murah daripada kos RM1 untuk percetakan, alat tulis, bayaran pos dan kos menghantar sepucuk surat." 

Ingatkan KPN Tak Penat

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dikejarkan ke Hospital Pantai di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Ismail, 58, dimasukkan ke hospital itu pada kira-kira jam 10.30 pagi selepas menghadiri majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

NONEBeliau dilaporkan tiba-tiba rebah dan mengadu keletihan.


Sementara itu, Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Robiah Abd Ghani yang dipetik Bernama berkata pemeriksaan doktor mendapati Ismail hanya kepenatan dan berada dalam keadaan stabil.

"Pada penghujung majlis itu, Tan Sri mengadu pening, tidak sedap badan dan rasa mahu pitam sebelum beliau dikejarkan ke sini.

"Pemeriksaan doktor mendapati beliau tidak sakit dan tiada apa yang tidak kena cuma kepenatan, malah beliau boleh bercakap seperti biasa," katanya kepada pemberita di perkarangan pusat perubatan itu.

Beliau berkata doktor juga meminta Ismail untuk berehat di dalam wad buat beberapa hari bagi pemantauan lanjut.

Dalam pada itu, isteri Ismail Puan Sri Suriati Md Sobri yang enggan ditemuramah pemberita hanya memberitahu yang suaminya sedang berehat.

'Bapa Perkauman Malaysia' Cakap DAP Rasis

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mempertahankan bidasannya bahawa DAP adalah 'parti politik perkauman'.

mahathir breaking fast buka puasa 101006 disapointedSambil memperakui bahawa BN adalah penyelesaian masalah pelbagai kaum di negara ini, hujahnya meskipun Umno, MCA dan MIC adalah parti-parti berasaskan kaum, namun mereka bertanding bukan atas nama masing-masing tetapi atas tiket Perikatan ataupun BN.

“Sebagai anggota gabungan pelbagai bangsa mereka tidak boleh memperjuangkan hanya kepentingan Melayu, Cina dan India sahaja. Mereka telah bergabung menjadi satu entiti politik dan perjuangan mereka adalah bagi semua kaum entiti itu.

“Parti-parti berasaskan kaum itu bekerjasama demi kepentingan ahli-ahli semua bangsa dan hilang ciri-ciri perkauman mereka,” kata Mahathir di blognya hari ini.

Mantan perdana menteri yang berkuasa 22 tahun di Malaysia pada tulisan di blognya sebelum ini secara sinis mengucapkan 'tahniah' kepada DAP kerana berjaya 'membawa politik perkauman' di Sarawak dengan memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ditandinginya pada pilihan raya negeri yang lalu.

NONEDalam bahagian kedua tulisannya yang berjudul 'Kemenangan di Sarawak II', Mahathir bertegas meskipun DAP mendakwa mereka adalah parti pelbagai etnik, tetapi “semua orang tahu siapa mereka sebenarnya”.

“Setiap kali saya sebut DAP adalah parti perkauman, hujah basi mereka Umno juga parti perkauman, malah lebih teruk dari DAP...

“DAP, seperti (parti pemerintah Singapura) Parti Tindakan Rakyat mendakwa sebagai mewakili pelbagai bangsa tetapi semua orang tahu sebahagian besar ahli, penyokong dan pemimpin mereka adalah orang Cina.

“Dan perjuangan mereka secara prinsipnya menentang Melayu dan apa yang mereka dakwa sebagai hak Cina,” kata Mahathir.



Cube renungi juga kata-kata individu ini.


-Tun..sedih saya membaca komen Tun terhadap DAP..apa sebab ROS sampai sekarang masih belum meluluskan pendaftaran 'Pakatan Rakyat'? Sekiranya permohonan ini diluluskan..Maka, DAP, PAS dan PKR akan bertanding atas nama 'Pakatan Rakyat'..Seperti BN, DAP, PAS dan PKR juga bergabung dan memperjuangkan hak semua kaum..kawasan majoriti pengundi Cina sudah tentunya Pakatan memberikannya kepada DAP..sama seperti BN yang akan memberikannya kepada MCA..hanya kerana DAP mempunyai keputusan yang baik di Sarawak baru-baru ini, maka Tun melabelkannya sebagai parti perkauman? Apa pula sekiranya DAP kalah teruk di Sarawak..Tun, 13 Mei 1969 sudah berlalu lamanya..semua rakyat hidup dengan harmoni sekarang..janganlah kerana sokongan Cina kepada DAP..maka, Tun memberikan komen sedemikian..demokrasi tetap demokrasi..rakyat mempunyai hak untuk memilih..saya harap Malaysia sentiasa maju jaya dan rakyat hidup aman damai..apapun, jasa Tun terhadap Malaysia tidak akan saya lupakan. (Kok Wing)

Thursday, April 21, 2011

Cerita Tiga Mat Boroi

Aku tercari-cari alamat tempat yang aku tuju. Agak susah juga kerana aku kurang arif dengan daerah ini. Aku meleser sambil mata aku memandang ke angka rumah rumah kedai yang sedang aku cari. Dua tiga ekor anjing berkeliaran di jalan. 

Kebanyakan angka rumah kedai ini telah rahai. Dua kali aku mundar-mandir di lorong yang sama. Nah! Tak berjumpa dengan bangunan yang aku cari. Yang aku nampak hanya perempuan-perempuan cun berbaju ketat, bergincu merah, ranggi dan bergetah berdiri di tepi pintu.

Perempuan-perempuan ini memerhatikan aku. Aku menjual senyum. Seorang Minah melambai. Aku nekad dan memberanikan hati untuk datang bertanya. Minah ini terus ke gigi jalan meninggalkan yang lain. Kemudian aku membuka mulut untuk bertanya: Di mana Galeri le Atalier?

"Abang nak buat apa? Nak buat filem ke?" Suaranya garau dan kasar seperti suara Mat Indon dari Jawa Tengah yang telah sepuluh tahun menetap di Kuala Lumpur. Tersirap darah jantan aku. Astaga! Purtan rupa-rupanya. 

Aku menganggukkan kepala. Lalu Si Purtan ini menunjuk bangunan yang sebenarnya tak jauh dari tempat aku berdiri. Si Purtan ini menghulurkan kad niaganya kepada aku. Aku mengambil dan berterima kasih. Kad ini aku simpan ke dalam saku baju. Aku berjalan menuju ke bangunan itu.

Aku menaiki tangga ke tingkat satu. Nampaknya aku sampai ke tempat yang betul. Tetapi kerusi penyambut tamu kosong. Maka aku duduk keseorangan. Aku memerhatikan sekeliling. Saheh tak ada orang. Sekali lagi kepala aku berpusing untuk melihat kalau kalau ada anjing di bilik ini. Sifar. 

Tetiba aku terdengar suara kasar dari bilik sebelah ruang tamu. Aku memasang telinga. Kini aku betul-betul macam Mat Skodeng Jawi sedang mengintai di tepi Tasek Perdana Bangi.

"Kau tahu… aku dapat panggilan telefon... bukan sekali... tiga kali... semua dah kantoi. Ini kerja kaulah. Berapa juta duit kau dah kelepet...? Belanja mahal tapi kerja tak rapi. Apa kau ingat orang Malaysia bodoh macam orang Gombak?' Suara lelaki ini kuat dan kasar.

"Apa hal dengan Gombak pulak?" jawab suara lelaki yang agak halus.

"Gombak tempat kamu buat post-productionkan? Bukan aku tak tahu. Kau buat recording pun di sana. Kau kelentong buat di LA. Hei… dengan aku kau jangan nak kelentong."

"Jangan putar alamlah. Jawab soalan aku ini. Siapa pilih pelakon itu? Tak ada pelakon lain ke? Bila tayang dalam YouTube semua orang ketawa. Kau ingat orang Malaysia bodoh..senang ditipu. Pelakon itu boroi. Sejak bila boroi. Kau ingat ini main-main ke? Cuba kau tengok sekali lagi..pasang VCD aku nak tunjuk.'

Aku di ruang tamu mula tersenyum ketika memasang telinga. Bilik senyap - mungkin VCD sedang berputar. Tujuan aku datang ke sini bukan nak dengar orang bergaduh. Aku datang untuk melamar kerja. Aku difahamkam Galeri le Atalier ini memerlukan tenaga untuk pembikinan filem.

"Henti ..henti... Siapa Mamat ini? Apa sebab dia muncul dalam filem ini. Perut pun boroi. Dia ingat dia Alfred Hitchcock. Pengarah nak kena ada dalam filem?" Suara jantan ini makin marah.

"Tak dapat potong yang ini... itu pasal si pengarah itu masuk dalam frame. Kalau potong nanti orang ingat tak ori.'

Baru aku sedar rupa-rupanya Galeri le Atilier ini yang telah membuat filem Tiga Mat Boroi. Wow! Baru aku tahu rupa-rupa di sini sarangnya. Aku merasa begitu gembira kalau aku dapat bekerja dengan le Atalier ini. Le Atalier ini memang gedebe. Dari apa yang aku dengar filem-filem mereka cukup hebat.


Aku dengar juga mereka telah berjaya membuat filem Pontianak Menyundal Di Kalimantan. Dari desas-desus aku mendengar yang syarikat ini juga sedang merancang untuk membuat 'Jangan Tinggalkan Jandaku'. Mungkin inilah projek yang mereka hendak aku turut campur.

"Kau kenal Datuk SK… Kenapa dia buat heboh di akhbar katakan laci bilik hotel berkunci. Gila… mana orang nak percaya. Guna otak..guna otak..Mana pernah laci dalam bilik hotel berkunci. Kalau nak menipu… tipu betul-betul. Laci bilik hotel yang ada kelas tak berkunci… "

Senyap sebentar kemudian lelaki bersuara halus menjawab: "Itu saya tak tahu. Krew saya hanya diupah untuk membuat filem ini saja. Hal mengedar saya tak tahu."

Tanpa aku sedari tetiba tiga lelaki tercegat berdiri tak jauh dari tempat aku duduk. Aku tak sedar bila mereka sampai. Mereka tersenyum dan terus mengambil tempat duduk. 

Lelaki yang duduk di sebelah aku menghulur tangan untuk bersalam. Aku menyambut Dia terus bersuara: “ Datang nak casting ke? I dengar dia orang nak buat satu gambar baru. Producer sedang cari pelakon. You berlakon ke?'

Aku mengeleng kepala.

"You nak mengarah ke? I dulu kerja dengan Um. I buat 16 siri untuk dia. Yang dua lagi tu kawan I yang berlakon. Lapan belas semuanya. Tapi satu pun belum tayang. Dengar khabar Jawi belum luluskan. Kerana dalam babak makan… tak seorang pun baca bismilah. Pasal ini Jawi cukup marah.'

Aku perhatikan tiga lelaki ini betul-betul. Kelihatan ketiga-tiga mereka boroi. Lalu aku terfikir apakah boroi ini tanda hidup yang berjaya. Sedang kepala aku ligar berfikir pintu bilik terbuka. Seorang lelaki yang juga boroi berdiri tercegat di tengah pintu.

"Kau orang berempat ini datang casting ke? Bangun aku nak tengok muka?". Aku sedar inilah suara lelaki yang kasar tadi. Tiga lelaki itu bangun berdiri. Aku tetap duduk tidak berganjak.

"Hoi! kau orang bertiga ini kalau nak berlakon kena masuk gym enam bulan dulu. Perut kamu boroi. Watak boroi ada… filem Jantan Dari Pagoh… tapi roll tahun depan. Sekarang ini nak roll filem Omega Yang Tercicir...

p/s: Hasil nukilan Hishamuddin Rais

Popular Posts @ Isu Realiti Politik

Followers

Sumber Info. Sila Klik.

Free Automatic Backlink
Text Back Link Exchange
Web Link Exchange
backlink
Free Automatic Link
top backlinks referers free
trafic backlinks
Free Automatic Link
Web Link Exchange
Text Back Links Exchanges

Sila Letakkan Backlink Ini Di Blog/ Web Anda

Iklan