RUANGAN IKLAN


Dapatkan Produk NISVIA Pada Harga RM35!!!


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com

Pageviews

Kerajaan Malaysia

Perdana Menteri Malaysia bukan dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Seramai 2483 orang perwakilan daripada 191 bahagian UMNO melantik Presiden UMNO. Presiden UMNO secara automatiknya akan diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Konklusi, Perdana Menteri dipilih oleh sebahagian kecil daripada ahli UMNO. Perwakilan tidak boleh dikatakan sebagai mewakili suara rakyat secara keseluruhan walau mereka memenangi pilihan raya sekalipun. Rakyat hanya memilih mereka pada peringkat DUN atau Parlimen jika perwakilan itu memegang salah satu atau kedua-kedua kerusi tersebut. Bagaimanapun ia tidak membolehkan perwakilan mewakili rakyat dalam memilih Perdana Menteri Malaysia.

Sunday, March 27, 2011

Kaya Sebab Pandai - Taib Mahmud

Kurang sebulan sebelum pilihan raya ke-10 Sarawak, ketua menteri paling lama negeri itu, Tan Sri, Abdul Taib Mahmud, melancarkan kempen di alam siber bagi menangkis dakwaan yang dilemparkan ke atas dirinya dan empayar perniagaan keluarganya.

NONEDalam satu wawancara yang dimuat-naik di portal Youtube, Taib menjelaskan modal permulaan perniagaan anak perempuannya, Jamilah diperolehi daripada bayaran gratuiti yang diterimanya selepas bersara sebagai menteri persekutuan. Namun, kerana kebijaksaan anaknya itu, empayar perniagaan itu berjaya dikembangkan.

Video sepanjang empat minit itu berjudul “Perniagaan Jamilah di Kanada berjaya kerana beliau cekap' dimuat naik pada Selasa lalu, Taib berkata empayar perniagaan Jamilah diasaskan 20 atau 30 tahun yang lalu.

"Betul, anak saya membuat duit, ya, agak banyak. Saya tidak tahu sama ada mereka kata 100 juta itu betul...di Kanada.

"Semuanya bermula (apabila) saya beri wang kepada anak perempuan saya. Saya letak jawatan dari kerajaan persekutuan. Saya dapat gratuiti, saya berinya sebahagian daripada wang itu untuk memulakan perniagaan dan ia berkembang.

NONE"Ia syarikat hartanah. Apabila bandar kita masih kecil, beliau mempunyai pandangan untuk membeli tanah dan kemudian menjualnya,” kata Taib.

Taib dilantik menganggotai kerajaan persekutuan pada tahun 1968 dan telah memegang pelbagai portfolio di Kuala Lumpur sehingga 1981 apabila beliau pulang ke Sarawak.

Semasa wawancara itu, beliau menafikan modal permulaan Jamiliah datang daripada dana awam.

"(Perniagaannya bermula) sekitar saya jadi ketua menteri, ya, jadi saya buat duit dengan jadi ketua menteri? Awak tahu negeri yang macam mana saya warisi pada 1981?

"Tiada siapa yang mampu beri duit ketika itu. Maaflah, saya maksudkan... tetapi sekarang, ya, kalau saya hendak jadi korup, saya boleh dapat banyak wang.”

Beliau kemudian mempertahankan Jamilah dan menantu Kanadanya, Sean Murray dengan mengatakan penilaian tepat mereka dalam pelaburan hartanah punca kejayaan syarikat itu.

“Tetapi awak tahu, jika anak perempuan saya bodoh atau menantu saya bodoh, mereka tidak akan buat duit sebegitu banyak, (kemudian) itu bukan satu isu. Mungkin saya terpaksa tanggung mereka hari ini (gelak).

NONE“Tetapi mereka agak berjaya, mereka juga buat perniagaan di London dengan membeli bangunan, memuliharanya dan kemudian menjualnya. Itu agak luar biasa,” katanya.

Menurut laman sesawang anti -Taib, Sarawak Report, keluarga ketua menteri itu mempunyai empayar perniagaan hartanah yang bernilai jutaan ringgit di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kanada. Kebanyakannya dikuasai oleh pasangan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts @ Isu Realiti Politik

Followers

Sumber Info. Sila Klik.

Free Automatic Backlink
Text Back Link Exchange
Web Link Exchange
backlink
Free Automatic Link
top backlinks referers free
trafic backlinks
Free Automatic Link
Web Link Exchange
Text Back Links Exchanges

Sila Letakkan Backlink Ini Di Blog/ Web Anda

Iklan