RUANGAN IKLAN


Dapatkan Produk NISVIA Pada Harga RM35!!!


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com

Pageviews

Kerajaan Malaysia

Perdana Menteri Malaysia bukan dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Seramai 2483 orang perwakilan daripada 191 bahagian UMNO melantik Presiden UMNO. Presiden UMNO secara automatiknya akan diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Konklusi, Perdana Menteri dipilih oleh sebahagian kecil daripada ahli UMNO. Perwakilan tidak boleh dikatakan sebagai mewakili suara rakyat secara keseluruhan walau mereka memenangi pilihan raya sekalipun. Rakyat hanya memilih mereka pada peringkat DUN atau Parlimen jika perwakilan itu memegang salah satu atau kedua-kedua kerusi tersebut. Bagaimanapun ia tidak membolehkan perwakilan mewakili rakyat dalam memilih Perdana Menteri Malaysia.

Sunday, March 27, 2011

Buat Sampai Anwar Jatuh!!!- Eskay

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dikatakan membuat perancangan mengumpul bahan tertentu di Siam dalam usaha membalas dendam terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, dakwa bekas pegawal peribadi allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, hari ini.

Mohamad Mahti Abdul Rahim, 63, berkata pada 8 Mac, Eskay memberitahunya bahawa beliau menyalahkan Anwar terhadap saman RM20 juta ringgit yang didengar di mahkamah berhubung komisyen projek 'jambatan bengkok'.

NONE“Saya telefon dia (Eskay) pada 11 Mac. Dia marah-marah (mengatakan) Datuk Seri Anwar tak guna, Datuk Seri Anwar dah curi duit kita, saya akan buat dia sampai jatuh. Saya nak balik pi (pergi) Siam, nak kumpulkan bukti-bukti nak jatuhkan Datuk Seri Anwar,” kata Mahti seorang bekas pegawai polis yang pernah rapat dengan Eskay.
Eskay adalah bekas Konsul Thailand di Malaysia dan dilaporkan mempunyai jaringan kenalan yang luas di negara jiran itu.

Pada 21 Mac lalu, Eskay menayangkan sebuah video seks lucah yang didakwa seorang ahlipolitik kanan mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur di Kuala Lumpur.
Panggilan telefon
Selain Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim juga mengaku bertanggungjawab di atas penayangan video lucah itu.
Mahti berkata selepas mendedahkan pada sidang akhbarnya semalam bahawa Eskay sakit hati dengan Anwar Ibrahim yang dikatakan enggan membalas 'jasanya', beliau dihubungi Shuib.
Katanya, panggilan telefon diterima petang semalam dan Shuib menwarkan untuk berjumpa dengannya bagi menerangkan apa yang berlaku.

Namun, pertemuan itu tidak menjadi kenyataan.

"Saya percaya Shuib (anggota ketiga kumpulan Datuk T) dan (bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri) Rahim Thamby Chik tidak terlibat dan mungkin dipengaruhi dia (Eskay).

azlan“Ni semua jadi mangsa, Datuk Shuib dan Tan Sri Rahim Thamby Chik,” katanya pada sidang media kedua di ladang ternakan kambingnya di Kundang, Selangor, hari ini.

“Saya percaya Najib tak tahu menahu pasal benda ni. Tak ada konspirasi kerja dia seorang. Dia mungkin mempengaruh orang. Dia ada kepentingan. Dulu dia boleh masuk dengan (Tun Dr)Mahathir (Mohamad), sekarang mungkin nak tackle (Datuk Seri) Najib (Abdul Razak).

Pada sidang media semalam, Mahti seorang anggota polis yang kemudian menjadi pengawal peribadi kepada Megat Junid berkata Eskay sakit hati kerana Anwar enggan menjadi saksi dalam kes saman sivil yang membabitkan projek 'jambatan bengkok'.

Tambahnya hari ini, pertemuannya dengan Eskay dengan tiga rakan yang lain berlangsung di Starbucks, Midvalley Mall, Kuala Lumpur pada 19 Januari lalu di mana dia terdengar Eskay membuat ugutan.

azlan"Saya tanya bicara nanti siapa jadi saksi? (kes saman ke atas Merong Mahawangsa dan pengarahnya, Datuk Yahya A Jalil berhubung kontrak 'jambatan bengkok') Si Kitol (Mahti melabel Eskay, sebagai SK yang ditakrifnya Si Kitol) kata Anwar. 

“Saya tanya betul ke Anwar nak mai (mari), dia kata dia mesti mai kalau tak saya akan buat sampai dia jatuh. Lapan telinga dengar,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts @ Isu Realiti Politik

Followers

Sumber Info. Sila Klik.

Free Automatic Backlink
Text Back Link Exchange
Web Link Exchange
backlink
Free Automatic Link
top backlinks referers free
trafic backlinks
Free Automatic Link
Web Link Exchange
Text Back Links Exchanges

Sila Letakkan Backlink Ini Di Blog/ Web Anda

Iklan