RUANGAN IKLAN


Dapatkan Produk NISVIA Pada Harga RM35!!!


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com

Pageviews

Kerajaan Malaysia

Perdana Menteri Malaysia bukan dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Seramai 2483 orang perwakilan daripada 191 bahagian UMNO melantik Presiden UMNO. Presiden UMNO secara automatiknya akan diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Konklusi, Perdana Menteri dipilih oleh sebahagian kecil daripada ahli UMNO. Perwakilan tidak boleh dikatakan sebagai mewakili suara rakyat secara keseluruhan walau mereka memenangi pilihan raya sekalipun. Rakyat hanya memilih mereka pada peringkat DUN atau Parlimen jika perwakilan itu memegang salah satu atau kedua-kedua kerusi tersebut. Bagaimanapun ia tidak membolehkan perwakilan mewakili rakyat dalam memilih Perdana Menteri Malaysia.

Tuesday, March 8, 2011

Sarawak: Kayu Ukur SNAP


oleh Hazel Lee


MIRI – Pilihan raya negeri akan datang merupakan medan untuk menguji sama ada Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) masih relevan dan diterima oleh rakyat atau sebaliknya.
Presidennya, Edwin Dundang Bugak berkata, setakat ini parti sudah memutuskan untuk bertanding di 28 kerusi yang pengundinya adalah majoriti kaum Dayak.
“Saya melihat pilihan raya ini sebagai satu petunjuk prestasi utama (KPI) SNAP untuk melihat sejauh mana sokongan rakyat terutama kaum Dayak terhadap parti ini,” katanya hari ini.
Ahli politik veteran itu berkata, justeru SNAP akan bertanding di semua kerusi tanpa mengira sama ada kerusi itu milik Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) atau Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Mengulas lanjut, Edwin Dundang berkata parti kini bersedia sepenuhnya dan jentera parti sudah digerakkan bagi menghadapi pilihan raya yang akan diadakan pada bila-bila masa dalam tempoh terdekat.
Beliau yang dalam perjalanan untuk bertemu dengan penyokong SNAP di Telang Usan menambah, parti sudah mempunyai calon yang berpotensi yang mana kerap kali menemui pengundi dan rakyat di peringkat akar umbi.
Mengulas ‘perebutan’ SNAP dengan Pakatan Rakyat (PR) untuk bertanding di 28 kerusi, Edwin Dundang menambah parti komponen PR diberi masa seminggu untuk menentukan kerusi yang ditandingi.
“Minggu depan, SNAP akan tentukan tindakan seterusnya apa yang akan dilakukan jika kemahuan parti untuk bertanding tidak direstui oleh PR,” katanya.
Sementara itu, desas-desus menyatakan presiden parti itu akan bertanding di konstituensi Marudi iaitu kerusi yang disandang oleh Menteri Muda Bekalan Air, Sylvester Entri Muran manakala naib presiden SNAP iaitu Kebing Wan pula bertanding di Telang Usan yang kini disandang oleh Lihan Jok.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts @ Isu Realiti Politik

Followers

Sumber Info. Sila Klik.

Free Automatic Backlink
Text Back Link Exchange
Web Link Exchange
backlink
Free Automatic Link
top backlinks referers free
trafic backlinks
Free Automatic Link
Web Link Exchange
Text Back Links Exchanges

Sila Letakkan Backlink Ini Di Blog/ Web Anda

Iklan