RUANGAN IKLAN


Dapatkan Produk NISVIA Pada Harga RM35!!!


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com

Pageviews

Kerajaan Malaysia

Perdana Menteri Malaysia bukan dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Seramai 2483 orang perwakilan daripada 191 bahagian UMNO melantik Presiden UMNO. Presiden UMNO secara automatiknya akan diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Konklusi, Perdana Menteri dipilih oleh sebahagian kecil daripada ahli UMNO. Perwakilan tidak boleh dikatakan sebagai mewakili suara rakyat secara keseluruhan walau mereka memenangi pilihan raya sekalipun. Rakyat hanya memilih mereka pada peringkat DUN atau Parlimen jika perwakilan itu memegang salah satu atau kedua-kedua kerusi tersebut. Bagaimanapun ia tidak membolehkan perwakilan mewakili rakyat dalam memilih Perdana Menteri Malaysia.

Thursday, April 21, 2011

Utusan & PERKASA Pengkhianat Negara

Naib Presiden PKR, Tian Chua mengesyorkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya segera menamatkan konsep 1Malaysia yang dicanangnya selama ini kerana ia nyata tidak selari dengan perjuangan gagasan itu.

pkr wangsa maju ceramah 141210 tian chuaBercakap kepada TV Selangor, Tian Chua berkata bukan hanya rencana terbitan media kawalannya yang mendesak supaya digerakkan gelombang "1 Melayu, 1 Bumi" diutamakan, bahkan NGO proksi Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) juga mendesak kerajaan meminggirkan masyarakat Cina yang didakwa sanggup “membalas susu dengan tuba”.

“Kalau itu pendirian Umno, sepatutnya Najib secara rasminya perlu mengumumkan penamatan kempen 1Malaysia yang disebarkan merata tempat.





"Jadi, sokongan sekarang menunjukkan sebenarnya BN tidak ikhlas dengan kempen 1Malaysia dan cogan kata ini sebenarnya sebagai satu penipuan,” katanya.

Semalam, PERKASA cawangan Sarawak dalam satu kenyataan media meletakkan sepenuhnya tanggungjawab kepada DAP sekiranya nasib masyarakat Cina di negeri itu tidak lagi terbela berikutan trend pengundi kaum itu yang menyokong Pakatan Rakyat.

Mainan politik juak Umno

NONE“Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi DAP harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan oleh kaum Cina jika kaum pribumi Sarawak menidakkan semua tuntutan kaum Cina,” kata ketuanya, Abang Abdul Nasser bin Abang Hadari.

Ironinya, kenyataan itu timbul selepas rentetan siri artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia Ahad lalu dalam ruangan 'Awang Selamat' yang menggesa kerajaan supaya mengabaikan kepentingan masyarakat Cina dalam strategi pilihan raya.

Artikel itu mendakwa, sentimen anti-BN oleh pengundi Cina di seluruh negara membuktikan masyarakat itu bukan sahaja mahu mengekalkan penguasaan mereka dalam ekonomi, malah dalam arena politik juga.

NONEMalah semalam, Timbalan Pengarang Ketua PengarangUtusan, Datuk Zaini Hassan pula mencabar kerajaan supaya melancarkan gagasan 1Melayu 1Bumi untuk menyelamatkan masyarakat Melayu daripada ditindas masyarakat Cina.

Menurut Tian Chua semua gesaan itu hanyalah mainan politik juak Umno yang gemar mengeksploitasikan sentimen perkauman dalam meraih semula sokongan rakyat kepada Umno-BN.

“Ini tipikal sebagai PERKASA yang sentiasa menghasut mewujudkan suasana tegang di antara kaum. PERKASA cuba mengapi-apikan sentimen ini demi membantu Umno,” kata Tian Chua.



Soal khianat tidak timbul

gerakan women forum 080306 mah siew keongDalam perkembangan berkaitan, Gerakan juga membidas PERKASA dan menganggap kenyataan Abang Abdul Nasser itu sebagai bersifat 'pendedam dan rendah citarasanya".
Naib presiden parti komponen BN itu, Datuk Mah Siew Keong (kanan) berkata soal mengkhianati tidak timbul kerana masyarakat Cina di Sarawak tidak pernah membuat sebarang janji bahawa mereka menyokong BN.

"Lagipun, pilihan raya negeri Sarawak diadakan bagi membolehkan rakyat secara demokrasi melantik wakil mereka ke Dewan Undangan Negeri," katanya dalam satu kenyataan. Mah juga menganggap kenyataan PERKASA itu berbaur perkauman dan tidak matang.
Chong Snr ceramah in kuching“Kita sepatutnya menghormati keputusan majoriti. Ia adalah undi di bandar yang terdiri daripada pelbagai kaum yang menolak parti pemerintah dan bukan hanya pengundi Cina.

"Kerajaan harus mendengar suara majoriti pengundi bandar, kajinya dan memperkenalkan perubahaan yang dapat diterima demi manfaat semua kaum," katanya.

Melayu tidak dihukum

Menurut Mah, meskipun pengundi di Kedah dan Kelantan yang majoriti mereka masyarakat Melayu menolak BN namun kerajaan pusat tidak pernah meminggirkan kedua-duia negeri berkenaan.
dap miri ceramah crowd big shot
"Tidak ada sebarang desakan dari mana-mana pihak supaya kerajaan meminggirkan kedua-dua negeri itu kerana pengundinya tidak menyokong kerajaan. Jadi, tolong jangan biarkan keputusan pilihan raya Sarawak menjadi satu isu perkauman.

“Mereka (penduduk bandar) mahu melihat dasar-dasar yang adil dan saksama; mereka juga prihatin dengan isu kebangsaan dan juga cara-cara kerajaan menangani masalah berkenaan," kata Mah.

Sementara itu, cadangan Utusan Malaysia supaya Umno melancarkan gerakan 1Melayu 1Bumi dikhuatiri akan membawa kesan negatif terhadap akhbar itu sendiri.

NUJ: Jualan akhbar bakal merudum

Setiausaha Agung Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), V Anbalagan ketika bercakap kepada TV Selangor berkata perkembangan itu pada hematnya, bakal menjejaskan pendapatan kaki tangan Utusan sendiri apabila jualan akhbar berkenaan terus merudum kelak.

utusan datuk t 200411 02“Kalau berterusan boleh memungkinkan penjualan surat khabar itu akan turun dan saya bimbang kalau ini berlaku mungkin syarikat tidak mendapat keuntungan.

“Akhirnya yang rugi pekerja-pekerjalah kerana Utusan banyak mengeluarkan berita-berita seperti ini bukan? Ia membakar sentimen kaum bukan?” soalnya.

Menurut Anbalagan, pihak pengurusan Utusan Malaysia seharusnya memahami akhbar tersebut bukan sekadar dibaca oleh orang Melayu tetapi ia dibaca seluruh rakyat Malaysia pelbagai bangsa.

NONEUtusan mesti faham surat khabar bahasa Malaysia bukan dibaca oleh orang Melayu sahaja. Ia dibaca oleh semua orang, semua kaum kerana bahasa Malaysia bukan milik orang Melayu maksudnya milik rakyat Malaysia,” kata Anbalagan.

“Kenyataan seperti ini tidak memberi sebarang faedahlah dan saya bimbanglah sebab orang mungkin boikot atau tidak mahu membaca surat khabar ini. Saya juga bimbang sebab ramai ahli-ahli NUJ yang bekerja di sana,” katanya.

Tambah Anbalagan, sepatutnya akhbar memainkan peranan membawa perpaduan tetapi malangnya Utusan Malaysia berperanan sebaliknya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts @ Isu Realiti Politik

There was an error in this gadget

Followers

Sumber Info. Sila Klik.

Free Automatic Backlink
Text Back Link Exchange
Web Link Exchange
backlink
Free Automatic Link
top backlinks referers free
trafic backlinks
Free Automatic Link
Web Link Exchange
Text Back Links Exchanges

Sila Letakkan Backlink Ini Di Blog/ Web Anda

Iklan