RUANGAN IKLAN


Dapatkan Produk NISVIA Pada Harga RM35!!!


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com

Pageviews

Kerajaan Malaysia

Perdana Menteri Malaysia bukan dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Seramai 2483 orang perwakilan daripada 191 bahagian UMNO melantik Presiden UMNO. Presiden UMNO secara automatiknya akan diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Konklusi, Perdana Menteri dipilih oleh sebahagian kecil daripada ahli UMNO. Perwakilan tidak boleh dikatakan sebagai mewakili suara rakyat secara keseluruhan walau mereka memenangi pilihan raya sekalipun. Rakyat hanya memilih mereka pada peringkat DUN atau Parlimen jika perwakilan itu memegang salah satu atau kedua-kedua kerusi tersebut. Bagaimanapun ia tidak membolehkan perwakilan mewakili rakyat dalam memilih Perdana Menteri Malaysia.

Thursday, April 21, 2011

Hasil Siasatan: Anwar Lelaki Dalam Video?

Berita Harian pada tajuk utamanya hari ini memetik sumber sebagai berkata sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEMenurut akhbar milik Umno itu, polis juga telah mengenalpasti lokasi video seks tersebut dirakamkan - iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur - dan wanita terbabit adalah dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara.

Selain itu, akhbar tersebut juga melaporkan siasatan polis tidak terlalu memfokuskan pada isu jam tangan Omega, yang sebelum ini didakwa kepunyaan Anwar - yang diserahkan kepada polis bersama video berkenaan.

Sebelum ini, blog-blog pro-Umno sibuk melaporkan bahawa jam tangan itu adalah hadiah daripada kerabat diraja Arab Saudi tetapi Berita Harian hari ini melaporkan polis mengesan jam itu dibeli di Taiwan pada tahun 2004.

azlan"Isu jam itu tidak begitu penting. Namun berdasarkan pemeriksaan dengan wakil pengedar di Taiwan, ia hanya mula merekodkan identiti pemilik pada 2008.

“Justeru, jika ia dibeli pada 2004, amat sukar bagi polis mengenalpasti pemiliknya, kecuali pemilik sendiri secara sukarela mendaftarkan jam itu,” kata sumber akhbar tersebut.

Isu video seks itu pertama kali timbul apabila sebulan lalu, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - yang menggunakan nama samaran 'Datuk T' - menjemput wartawan terpilih menyaksikan tayangan video berkenaan di Hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur.

Beliau bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim, kemudiannya mendedahkan bahawa mereka adalah dalang di sebalik video tersebut dan mengaku bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts @ Isu Realiti Politik

Followers

Sumber Info. Sila Klik.

Free Automatic Backlink
Text Back Link Exchange
Web Link Exchange
backlink
Free Automatic Link
top backlinks referers free
trafic backlinks
Free Automatic Link
Web Link Exchange
Text Back Links Exchanges

Sila Letakkan Backlink Ini Di Blog/ Web Anda

Iklan