RUANGAN IKLAN


Dapatkan Produk NISVIA Pada Harga RM35!!!


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com

Pageviews

Kerajaan Malaysia

Perdana Menteri Malaysia bukan dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Seramai 2483 orang perwakilan daripada 191 bahagian UMNO melantik Presiden UMNO. Presiden UMNO secara automatiknya akan diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Konklusi, Perdana Menteri dipilih oleh sebahagian kecil daripada ahli UMNO. Perwakilan tidak boleh dikatakan sebagai mewakili suara rakyat secara keseluruhan walau mereka memenangi pilihan raya sekalipun. Rakyat hanya memilih mereka pada peringkat DUN atau Parlimen jika perwakilan itu memegang salah satu atau kedua-kedua kerusi tersebut. Bagaimanapun ia tidak membolehkan perwakilan mewakili rakyat dalam memilih Perdana Menteri Malaysia.

Thursday, March 10, 2011

Sarawak: PAS Mahu 21 Hari Kempen


KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) — PAS hari ini meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melanjutkan tempoh berkempen bagi pilihan raya Sarawak daripada tujuh kepada 21 hari.
Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata ini perlu kerana Sarawak sebuah negeri yang besar menyebabkan perjalanan ke satu-satu tempat mengambil masa, sekali gus menyukarkan usaha berkempen.
Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata masalah itu diburukkan lagi dengan faktor kelengkapan logistik pakatan pembangkang yang tidak mencukupi.
Sebelum ini, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dilapor berkata pihaknya bersedia mendengar sebarang cadangan konstruktif daripada parti politik di negara ini bagi memastikan pilihan raya negeri Sarawak berjalan lancar dan adil.
Abdul Aziz memberi respons itu ketika mengulas cadangan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Datuk Fadillah Yusof agar tempoh berkempen dipendekkan bagi mengelak amalan politik kurang sihat.
Sementara itu, seorang lagi anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Mohamad Sabu berkata parti tersebut dan rakan sekutu mereka iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP sedang membincangkan agihan kerusi yang akan ditandingi.
Pada pilihan raya Sarawak 2006, Barisan Nasinal menguasai 63 kerusi dengan Parti PBB menang 35 kerusi diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dengan 12 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing lapan kerusi.
Di pihak pembangkang, DAP memenangi enam kerusi manakala PKR dan Parti Cinta Malaysia (PCM) masing-masing satu kerusi. Mandat Dewan Undangan Negeri Sarawak tamat Julai ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Popular Posts @ Isu Realiti Politik

Followers

Sumber Info. Sila Klik.

Free Automatic Backlink
Text Back Link Exchange
Web Link Exchange
backlink
Free Automatic Link
top backlinks referers free
trafic backlinks
Free Automatic Link
Web Link Exchange
Text Back Links Exchanges

Sila Letakkan Backlink Ini Di Blog/ Web Anda

Iklan