RUANGAN IKLAN


Dapatkan Produk NISVIA Pada Harga RM35!!!


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com

Pageviews

Kerajaan Malaysia

Perdana Menteri Malaysia bukan dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Seramai 2483 orang perwakilan daripada 191 bahagian UMNO melantik Presiden UMNO. Presiden UMNO secara automatiknya akan diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Konklusi, Perdana Menteri dipilih oleh sebahagian kecil daripada ahli UMNO. Perwakilan tidak boleh dikatakan sebagai mewakili suara rakyat secara keseluruhan walau mereka memenangi pilihan raya sekalipun. Rakyat hanya memilih mereka pada peringkat DUN atau Parlimen jika perwakilan itu memegang salah satu atau kedua-kedua kerusi tersebut. Bagaimanapun ia tidak membolehkan perwakilan mewakili rakyat dalam memilih Perdana Menteri Malaysia.

Thursday, March 10, 2011

Kes Anwar: Saiful Tak Nak Oral Seks


Dr Razuin Rahimi, Bekas pakar patologi forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL)

Dr Razuin Rahimi, Bekas pakar patologi forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL)



Bekas pakar patologi HKL rekod dalam nota sejarah perubatan 

KUALA LUMPUR: Bekas pakar patologi forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberitahu Mahkamah Tinggi semalam, Mohd Saiful Bukhari Azlan memberitahunya dia melawan ketika diminta lakukan seks oral pada hari kejadian liwat itu didakwa berlaku.

Dr Razuin Rahimi berkata, Mohd Saiful memaklumkan kepadanya ketika beliau merekodkan nota sejarah perubatan Mohd Saiful pada kira-kira 9 malam, 28 Jun 2008 di HKL.


Beliau mengambil masa hampir 20 minit untuk merekodkan nota itu di Pusat Krisis Sehenti (OSCC) di HKL selepas Pegawai Penyiasat Deputi Superintendan Judy Blacious Pereira memaklumkan secara ringkas berhubung dakwaan Mohd Saiful yang beliau diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Katanya, Dr Khairul Nizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng, tiada ketika catatan itu direkodkan dan beliau memberi penjelasan ringkas kepada mereka selepas selesai tugasnya. 

“Mohd Saiful juga memberitahu saya yang dia diliwat oleh Anwar pada 26 Jun lebih kurang 3.30 petang di mana dia tidak memberi kebenaran untuk melakukan hubungan seks itu,” katanya. 

Dr Razuin memberi keterangan pada pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara 11 Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden. 
Beliau yang kini bertugas di Hospital Sungai Buloh berkata, hubungan seks itu berlangsung hampir setengah jam di mana pengadu juga mendakwa dadanya diraba. 

Diminta menjelaskan berhubung catatan di dalam borang pro-forma (borang sejarah perubatan) di mana beliau membulatkan perkataan ‘penetrasi’, Dr Razuin berkata ia bermakna ‘tusukan penuh’ di mana Mohd Saiful juga mengesahkan pancutan air mani berlaku ketika hubungan seks itu. 

Apabila ditanya mengapa beliau tidak mencatatkan sebarang rujukan berhubung bahan pelincir di dalam borang itu seperti dinyatakan Mohd Saiful dalam keterangannya, Dr Razuin berkata, beliau merekodkan bahan pelincir itu di dalam kertas lain kerana borang pro-forma itu hanya untuk kes rogol kerana HKL tidak mempunyai borang khusus untuk kes liwat. 

“Maklumat itu direkodkan di atas kertas yang saya kemudian serahkan kepada Dr Sheue Feng dengan catatan nota yang saya buat ketika pemeriksaan perubatan dijalankan oleh pakar,” katanya. 

Dalam pemeriksaan balas oleh peguam Anwar, Karpal Singh untuk menjelaskan makna ‘rectal attempted’ seperti tercatat di dalam borang itu, Dr Razuin menerangkan ‘rektum’ adalah bahagian dalam dubur. 

“Ia adalah liwat walaupun penetrasi tidak sampai ke kawasan rektum, itu adalah makna dalam istilah perubatan untuk ‘rectal attempted’,” katanya. 

Berhubung soalan lain, Dr Razuin mengesahkan DSP Judy merekodkan kenyataannya untuk kali pertama pada Januari 2010 dan kali kedua tiga minggu lalu. 

Sementara itu, Ketua Staf di pejabat Anwar, Ibrahim Yaakob, berkata Mohd Saiful tidak dilantik sebagai pekerja secara rasmi. 

“Dia bukan pekerja, tetapi sukarela yang menerima arahan terus daripada saya," katanya. 

Ditanya oleh Mohamed Yusof, beliau mengesahkan Anwar menghadiri majlis makan tengah hari di sebuah kondominium milik ‘Hassanuddin’ pada 26 Jun, 2008. 

Bagaimanapun, katanya, pada hari itu Anwar menghubunginya dan memberitahu dia ada meninggalkan sampul surat di pejabatnya di Seksyen 15, Petaling Jaya dan beliau (Ibrahim) meminta Mohd Saiful menghantar sampul surat itu kepada Anwar kerana beliau sibuk pada hari itu. 

Kepada soalan lain sama ada beliau tahu Mohd Saiful menghantar surat peletakan jawatan pada 27 Jun 2008, Ibrahim berkata ia di e-mel kepada Anwar dan Anwar menyerahkan kepadanya. 

Ditanya oleh Mohamed Yusof apakah alasan Mohd Saiful untuk berhenti kerja, Ibrahim berkata Mohd Saiful menyatakan dia tidak boleh melaksanakan tugasnya dan mahu menjadi juruterbang. 

Perbicaraan di depan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersambung hari ini, dengan Judy dijangka mengangkat sumpah sebagai saksi ke-25. – BERNAMA 

No comments:

Post a Comment

Popular Posts @ Isu Realiti Politik

Followers

Sumber Info. Sila Klik.

Free Automatic Backlink
Text Back Link Exchange
Web Link Exchange
backlink
Free Automatic Link
top backlinks referers free
trafic backlinks
Free Automatic Link
Web Link Exchange
Text Back Links Exchanges

Sila Letakkan Backlink Ini Di Blog/ Web Anda

Iklan