RUANGAN IKLAN


Dapatkan Produk NISVIA Pada Harga RM35!!!


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com

Pageviews

Kerajaan Malaysia

Perdana Menteri Malaysia bukan dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Seramai 2483 orang perwakilan daripada 191 bahagian UMNO melantik Presiden UMNO. Presiden UMNO secara automatiknya akan diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Konklusi, Perdana Menteri dipilih oleh sebahagian kecil daripada ahli UMNO. Perwakilan tidak boleh dikatakan sebagai mewakili suara rakyat secara keseluruhan walau mereka memenangi pilihan raya sekalipun. Rakyat hanya memilih mereka pada peringkat DUN atau Parlimen jika perwakilan itu memegang salah satu atau kedua-kedua kerusi tersebut. Bagaimanapun ia tidak membolehkan perwakilan mewakili rakyat dalam memilih Perdana Menteri Malaysia.

Friday, March 4, 2011

ADUN BN Rasuah!!!


SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Mustafa Salim, 53, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan menerima suapan daripada seorang kontraktor berkaitan surat sokongan permit menjual pasir, dua tahun lalu.

Dia yang dilantik sebagai Adun Lenggeng pada 2008 didapati bersalah menerima rasuah RM2,000 daripada M Manimaran, 38, di Restoran Jabrin Maju, Taman Bunga Raya 2, Mantin, Seremban, kira-kira jam 5 petang, 31 Ogos 2008.


Wang berkenaan didakwa diterima Mustafa sebagai dorongan untuk mengeluarkan permit menjual pasir kepada pengadu.

Berikutan itu, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 10 (a) (aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun serta denda lima kali ganda daripada nilai suapan atau RM10,000, mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Namun, Mustafa dibebaskan atas dua pertuduhan meminta wang daripada pengadu melalui orang tengah berjumlah RM2,000 dan RM3,000.


Perbuatan itu masing-masing dilakukan di Lot 1321, Mukim Pantai dan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Dato’ Kelana Makmur, di sini, pada 28 dan 30 Ogos 2008.

Amran dalam penghakimannya berkata, melalui keterangan bersumpah, tertuduh mendakwa tidak menerima atau meminta wang berkenaan daripada pengadu.


“Seorang saksi pendakwaan iaitu anggota SPRM yang berada di lokasi kejadian bagaimanapun mendengar perbualan mereka berkaitan surat sokongan mendapatkan permit menjual pasir dan besi buruk.

“Selain itu, tertuduh mendakwa tidak mengambil dan hanya mengusik wang berkenaan dalam satu sampul surat di atas meja dan memberitahu dia tidak selesa dengan tindakan pengadu terbabit.

“Namun, satu rakaman video oleh SPRM menunjukkan tertuduh masih duduk di situ dan dilihat berbual sambil menghisap rokok,” katanya.

Mahkamah menetapkan tarikh jatuh hukum terhadap tertuduh pada 1 April depan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Raya SPRM, Kevin Morais manakala Mustafa diwakili peguam Datuk Taqiyuddin Yahya dan Feisal Mustapha.

Inilah contoh ADUN yang 'dihalalkan' untuk menduduki kerusi DUN Perak yang dirompak dan suara rakyat diketepikan.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts @ Isu Realiti Politik

Followers

Sumber Info. Sila Klik.

Free Automatic Backlink
Text Back Link Exchange
Web Link Exchange
backlink
Free Automatic Link
top backlinks referers free
trafic backlinks
Free Automatic Link
Web Link Exchange
Text Back Links Exchanges

Sila Letakkan Backlink Ini Di Blog/ Web Anda

Iklan