RUANGAN IKLAN


Dapatkan Produk NISVIA Pada Harga RM35!!!


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com

Pageviews

Kerajaan Malaysia

Perdana Menteri Malaysia bukan dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Seramai 2483 orang perwakilan daripada 191 bahagian UMNO melantik Presiden UMNO. Presiden UMNO secara automatiknya akan diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Konklusi, Perdana Menteri dipilih oleh sebahagian kecil daripada ahli UMNO. Perwakilan tidak boleh dikatakan sebagai mewakili suara rakyat secara keseluruhan walau mereka memenangi pilihan raya sekalipun. Rakyat hanya memilih mereka pada peringkat DUN atau Parlimen jika perwakilan itu memegang salah satu atau kedua-kedua kerusi tersebut. Bagaimanapun ia tidak membolehkan perwakilan mewakili rakyat dalam memilih Perdana Menteri Malaysia.

Thursday, March 3, 2011

9 April???




Sabtu?? Lebih kurang satu (1) bulan dari sekarang???

Itulah yang dijangkakan oleh penganalisis politik yang juga seorang kolumnis, Dr Jeneri Amir. Ikuti tulisan beliau:


"Beberapa bulan lalu saya telah menulis 10 petanda yang dapat membantu kita mengetahui pilihan raya semakin dekat. Hampir semua petanda yang saya maksudkan itu telah dipenuhi, kecuali berkaitan dengan janggut Ketua Menteri. Dalam artikel itu saya menyatakan, daripada sekian banyak tanda, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud cenderung menyimpan janggut beliau.
Bagi pemerhati politik, personaliti dan gaya berpakaian Taib, janggut beliau yang seolah-olah tidak terurus itu menandakan bahawa pilihan raya negeri adalah benar-benar hampir. Mengapa beliau menyimpan janggut sehingga kelihatan tidak terurus, tidak pula difahami. Mungkinkah itu hanya kebetulan dan mungkin juga kerana kesibukan sehingga beliau tidak mempunyai masa untuk mencukur janggutnya.
Ya, bagi kebanyakan kita, apa ada pada janggut? Janggut hanyalah bulu yang tumbuh di dagu dan menjadi hak peribadi seseorang untuk mencukur atau menyimpannya. Tetapi apabila pemimpin politik menyimpan janggut lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya – dan perkara tersebut bagai kelaziman pula – tentu janggut menjadi sesuatu yang penting.
Tak perlu bomoh
Saya banyak ditanya oleh pihak media dan rakan-rakan tentang tarikh pilihan raya. Selain Taib dan Perdana Menteri dan segelintir orang kepercayaannya, kita sebagai rakyat biasa hanya dapat meneka dan meramal. Tetapi berbeza daripada segelintir tukang ramal nombor ekor, kita tidak perlu berjumpa bomoh. Saya hanya meneka berdasarkan perhitungan tertentu.
Saya percaya bahawa Taib dan Najib telah menetapkan tarikhnya. Kedua-dua mereka dan orang kepercayaan mereka sudah tahu bila pilihan raya akan diadakan. Soal Taib mendapat ilham atau tidak, bagi saya itu hanya helah untuk ‘memerangkap’ pihak media dan Pakatan Rakyat.
Persoalannya, perlukah seseorang memutuskan tarikh penting, sepenting pilhan raya berdasarkan ilham atau inspirasi? Taib sendiri mengakui sekembali dari Mekah beberapa bulan lalu bahawa beliau telah mendapat ilham. Lalu, kebanyakan rakyat pun fikir bahawa ilham itu datang seolah-olah ilham seorang penyair yang hendak mengungkapkan idea dengan baris-baris yang penuh dengan estetika.
Seseorang tidak perlu bergantung kepada inspirasi untuk menetapkan tarikh pilihan raya. Sebenarnya, perkara bersabit dengan pilihan raya adalah sesuatu yang serius dan perlu diambil serius.
Jadi, bagi kerajaan yang berkuasa, tarikh ditetapkan dengan kepercayaan bahawa ia benar-benar memihak kepadanya. Sebenanrya, pihak BN negeri telah merancang segala program dan aktiviti dengan agenda politik yang terselindung sejak sekitar setahun lalu. Perancangan segala program dan aktiviti berkenaan dibuat dengan mengambil kira tarikh pilihan raya.
Program Sejiwa Senada
Program Sejiwa Senada mungkin sahaja bersifat program biasa jika dilihat dari luar. Tetapi siapakah yang dapat menafikan bahawa program itu mempunyai agenda politik yang terselubung? Sejiwa Senada merujuk kepada jalinan kerjasama antara kerajaan dengan rakyat dalam memastikan agenda transformasi dipenuhi. Transformasi berkenaan membabitkan bidang politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan infrastruktur.
Hal ini selari dengan gagasan 1 Malaysia, iaitu rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. Program ini, hakikatnya bertujuan untuk mendekatkan kerajaan dengan rakyat dan gandingan kerjasama itu penting bagi memungkinkan transformasi yang dihasratkan tercapai.
Pelbagai aktiviti dianjurkan sepanjang program itu adakan, termasuk sukan, ceramah, pentas rakyat, pameran perkhidmatan dan seumpamanya. Program Sejiwa Senada diadakan di setiap bahagian dan difahamkan akan mencapai kemuncaknya menjelang Mac di Kuching Utara dan Kuching Selatan. Sasaran program ini saya agak ialah golongan belia, pemimpin masyarakat, penjawat awam, lepasan sekolah dan IPTA, serta pengundi.
Festival Belia Sarawak
Satu lagi program yang dirancang yang boleh membantu kita meneka bila pilihan raya diadakan adalah Festival Belia Sarawak. Festival ini dikatakan diadakan di setiap kawasan piliuhan raya, iaitu di 71 kawasan Dewan Undangan Negeri. Dalam festival itu pembabitan belia diutamakan. Saya percaya langkah ini diambil kerana kerajaan BN sedar bahawa golongan belia dipersepsi tidak menyokong BN dalam pilihan raya.
Singkatnya, golongan belia, iaitu mereka berusia 21-40 tahun adalah antiestablishment. Dengan jumlah pengundi belia dikatakan sekitar 300,000, bayangkan kesannya terhadap BN jika 70 peratus daripada mereka memihak kepada Pakatan Rakyat?
Saya tidak pernah mengikuti festival ini, tetapi saya mengagak bahawa aktiviti yang dianjurkan adalah bertujuan membabitkan golongan berkenaan. Pastinya, aktiviti kegemaran belia seperti sukan, hiburan, masak-memasak diadakan bagi menarik perhatian mereka. Persoalannya, adakah ini strategi dan pendekatan berkenaan berkesan untuk menakluki jiwa dan minda belia?
Atau belia sebagai golongan yang kritis dan analitis, kerana pendedahan kepada media alternatif, tahu realiti politik, termasuk bagaimana kerajaan mengagihkan kekayaan, termasuk tanah, projek, sumber negeri dan sebagainya. Sebenarnya, yang menjadi keutamaan belia bukan sahaja soal kemudahan sukan dan peluang latihan, tetapi soal survival.
Sejauh manakah kerajaan BN berjaya menangani isu pengangguran? Bagaimana dengan masa depan belia ini, termasuk golongan siswazah yang menganggur untuk beberapa tahun? Menempatkan mereka dalam program pengupayaan siswazah memang baik, tetapi ke mana mereka selepas itu?
Selain festival itu, Konvensyen Belia Sarawak dikatakan dibawa ke hadapan, iaitu ke sekitar pertengahan Mac. Bukankah itu merupakan satu lagi petanda?
Difahamkan menjelang akhir Mac, segala aktiviti beragenda politik yang dirancang oleh kerajaan telah selesai. Ini termasuk satu lagi petanda yang saya nyatakan dalam tulisan yang saya maksudkan, iaitu kursus atau seminar untuk pemimpin akar umbi. Yang terbaharu adalah di Betong apabila Taib mengatakan bahawa beliau dan Tan Sri Alfred Jabu sebenarnya ingin berundur kerana menyedari sudah tua, namun tidak dapat berbuat demikian, kerana belum terdapat pemimpin yang benar-benar layak menggantikan beliau!
Pujuk pemimpin akar umbi
Pemimpin akar umbi, termasuk ketua kampung, penghulu dan tuai rumah perlu diprogramkan otak mereka supaya menyokong kerajaan melalui ceramah yang tidak dapat lari daripada propaganda. Jika mereka mahu terus menikmati elaun RM800 sudah tentu mereka perlu memastikan kemenangan besar untuk BN.
Petanda mudah ialah kemenangan di kawasan atau rumah panjang di bawah jagaan masing-masing. Jika tidak, bersedialah untuk menghadapi risiko. Untuk itu, tentu mereka perlu memastikan anak buah mereka menyokong BN.
Konvensyen BN Negeri akan diadakan 5 Mac depan. Bukankah ini merupakan satu saluran terbaik untuk mereka berhimpun, menunjukkan kekuatan, menyemarakkan semangat dan mendapatkan sokongan semua peringkat, terutama pemimpin akar umbi. Najib juga menyatakan bahawa kabilah pemimpin pusat akan melawat Sarawak pada pertengahan bulan depan.
Mungkinkah mesyuarat kabinet akan diadakan di Kuching sesudah diadakan di Pekan, Pahang? Menteri persekutuan itu sudah tentu tidak akan hanya mengadakan mesyuarat kabinet, tetapi akan mengambil kesempatan itu untuk turun ke akar umbi, berdamping dengan rakyat melalui pelbagai aktiviti yang dirancang.
Ini merupakan satu strategi kempen dan komunikasi politik untuk melembutkan hati rakyat dan memperlihatkan bahawa BN prihatin terhadap mereka? Jangan hairan, Najib dan timbalan beliau akan lebih kerap turun ke Sarawak, berjumpa dengan rakyat dan merasmikan pelbagai bangunan dan acara dalam minggu-minggu yang akan datang. Juga, mengumumkan projek demi projek.
Jadi, dengan semua petanda itu, bilakah agaknya pilihan raya diadakan?
Saya menjangkakan hari Sabtu, 9 April."
* Dr Jeniri Amir ialah penganalisis politik dan pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak.
* Beliau merupakan pensyarah penulis di UNIMAS.


1 comment:

Popular Posts @ Isu Realiti Politik

Followers

Sumber Info. Sila Klik.

Free Automatic Backlink
Text Back Link Exchange
Web Link Exchange
backlink
Free Automatic Link
top backlinks referers free
trafic backlinks
Free Automatic Link
Web Link Exchange
Text Back Links Exchanges

Sila Letakkan Backlink Ini Di Blog/ Web Anda

Iklan