Secara rasminya, Pilihan Raya DUN Sarawak memasuki fasa baru apabila selesai sahaja proses penamaan calon. Secara rasminya kempen pilihan raya bermula dan setiap parti yang bertanding mempunyai strategi masing-masing bagi menarik pengundi.
Bagaimanakah situasi kempen di Sarawak?
Secara kasarnya kempen di Sarawak tidak terlalu 'menghairahkan' seperti yang berlaku di Semenanjung Malaysia dan keadaan ini berlaku disebabkan pelbagai faktor. Salah satu daripadanya ialah kerana 'nature' negeri Sarawak itu sendiri. Banyak lagi kawasan yang berada dalam zon 'terlalu kampung', 'hulu' dan seumpamanya. Keadaan ini memberi kesan ke atas pembentukan masyarakat di sesuatu kawasan dan seterusnya mewujudkan masyarakat yang bersifat 'asal ada'. Minda mereka tidak 'terbuka' dalam membincangkan isu-isu nasional tetapi isu-isu yang dibincangkan lebih kepada bersifat 'kekampungan'.
Selain itu, disebabkan generasi yang ada sekarang adalah generasi yang 'datang dari zaman yang sama' dengan Ketua Menteri Taib Mahmud, sementelah Sarawak ini juga telah ditadbir oleh Taib selama 29 tahun, dan sebahagian besar belia Sarawak ini membesar dengan suapan 'Taibisme' (idealogi Taib), maka hanya Taib dan PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) yang dikenali oleh rakyat Sarawak. Mereka hidup dalam dunia 'suapan' dan takut untuk menentang walaupun secara kasarnya rakyat tahu pentadbiran Taib telah melakukan terlalu banyak penyelewengan. Mereka takut jika mereka menentang kerajaan sekarang, mereka terpaksa hidup berdikari. Sebab itulah tidak wujud terlalu banyak adegan kempen seperti di semenanjung kerana umum pasti siapa yang akan memenangi pilihan raya ini.
Bagaimanapun, dengan berkembangnya media baru (internet; blog, etc), dijangkakan akan ada sedikit kesedaran dan pendedahan dalam kalangan rakyat Sarawak dan seterusnya mampu memberi impak kepada Pilihan Raya DUN Sarawak kali ini.
No comments:
Post a Comment