RUANGAN IKLAN


Dapatkan Produk NISVIA Pada Harga RM35!!!


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com

Pageviews

Kerajaan Malaysia

Perdana Menteri Malaysia bukan dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Seramai 2483 orang perwakilan daripada 191 bahagian UMNO melantik Presiden UMNO. Presiden UMNO secara automatiknya akan diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Konklusi, Perdana Menteri dipilih oleh sebahagian kecil daripada ahli UMNO. Perwakilan tidak boleh dikatakan sebagai mewakili suara rakyat secara keseluruhan walau mereka memenangi pilihan raya sekalipun. Rakyat hanya memilih mereka pada peringkat DUN atau Parlimen jika perwakilan itu memegang salah satu atau kedua-kedua kerusi tersebut. Bagaimanapun ia tidak membolehkan perwakilan mewakili rakyat dalam memilih Perdana Menteri Malaysia.

Saturday, March 12, 2011

MCA Sedar Pilihan Raya Makin Dekat

Jawatankuasa pusat MCA hari ini meluluskan pindaan ke atas perlembagaan parti itu untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga enam bulan selepas pilihan raya umum dijalankan.

Pindaan ke atas Perkara 167 dalam perlembaan MCA itu juga menetapkan supaya penangguhan pemilihan parti tidak dibuat sehingga tempoh 36 bulan selepas pilihan raya umum terakhir dijalankan.

Keputusan itu membolehkan MCA menangguhkan serta merta pemilihan parti yang dijadualkan diadakan tahun ini.
mca egm 130311 chua soi lekKelulusan itu dibuat melalui undian yang dijalankan dalam satu mesyuarat agung luar biasa parti itu pagi ini.

Sebanyak 99 peratus daripada seramai 1,844 daripada para perwakilan menyokong usul pindaan berkenaan dengan mengangkat tangan ketika pengundian dijalankan.

Usul berkenaan dicadangkan oleh setiausaha agung parti, Datuk Seri Kong Cho Ha dan disokong oleh timbalan presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Tumpu pilihan raya umum

Mengulas perkembangan itu, presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, keputusan berkenaan menunjukkan bahawa para perwakilan jawatankuasa pusat telah bertindak secara matang.
"Mereka meletakkan kepentingan parti lebih tinggi daripada segala apa yang lain. Ini menunjukkan bahawa jawatankuasa pusat adalah matang (dalam politik)," kata Chua dalam satu sidang media selepas itu.

Mengulas lanjut, Chua berkata keputusan itu penting bagi membolehkan parti menumpukan kepada usaha untuk memenangi pilihan raya umum akan datang. "Pilihan raya umum adalah lebih penting daripada pemilihan parti," katanya lagi.

Sementara itu ketika ditanya mengenai kehadiran perwakilan yang hanya sebanyak 80 peratus, beliau berkata mesyuarat parti itu tidak pernah mencatatkan kehadiran 100 peratus. "80 peratus adalah jumlah keluar mengundi yang baik," katanya yang turut menjelaskan bahawa perwakilan berkenaan tidak hadir atas pelbagai alasan.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts @ Isu Realiti Politik

Followers

Sumber Info. Sila Klik.

Free Automatic Backlink
Text Back Link Exchange
Web Link Exchange
backlink
Free Automatic Link
top backlinks referers free
trafic backlinks
Free Automatic Link
Web Link Exchange
Text Back Links Exchanges

Sila Letakkan Backlink Ini Di Blog/ Web Anda

Iklan