RUANGAN IKLAN


Dapatkan Produk NISVIA Pada Harga RM35!!!


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com

Pageviews

Kerajaan Malaysia

Perdana Menteri Malaysia bukan dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Seramai 2483 orang perwakilan daripada 191 bahagian UMNO melantik Presiden UMNO. Presiden UMNO secara automatiknya akan diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Konklusi, Perdana Menteri dipilih oleh sebahagian kecil daripada ahli UMNO. Perwakilan tidak boleh dikatakan sebagai mewakili suara rakyat secara keseluruhan walau mereka memenangi pilihan raya sekalipun. Rakyat hanya memilih mereka pada peringkat DUN atau Parlimen jika perwakilan itu memegang salah satu atau kedua-kedua kerusi tersebut. Bagaimanapun ia tidak membolehkan perwakilan mewakili rakyat dalam memilih Perdana Menteri Malaysia.

Wednesday, March 16, 2011

Katanya Berwibawa...

Sistem pilihan raya yang diguna pakai sekarang adalah berwibawa berdasarkan kejayaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengendalikan 12 pilihan raya umum sejak 1959, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

NONEBeliau berkata keputusan-keputusan pilihan raya telah diterima secara sah oleh semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang yang telah membawa kepada pembentukan kerajaan yang diiktiraf.

"Bagaimanapun ini tidak bermakna tiada ruang untuk melakukan reformasi dan transformasi dalam sistem sedia ada.

"Bahkan SPR sentiasa responsif terhadap perubahan semasa dengan melakukan proses rekayasa menerusi usaha pengupayaan dan penambahbaikan dalam pengurusan operasinya demi untuk memperkasakan sistem pilihan raya, sekali gus demokrasi Malaysia," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Kok bertanya sama ada kerajaan mempunyai rancangan reformasi atau transformasi di institusi Parlimen dan SPR, serta sebab kerajaan enggan mengadakan sistem jawatankuasa dalam Parlimen supaya Anggota Parlimen diberikan tugas untuk membuat keputusan dalam penggubalan dasar negara.

Mohamed Nazri berkata sebarang usaha itu perlu berpandukan kepada asas Perlembagaan Persekutuan dan lunas demokrasi negara.

NONEKatanya SPR sentiasa memperkemaskan undang-undang, peraturan dan garis panduan yang dapat mempertingkatkan lagi kewibawaan suruhanjaya itu iaitu secara berterusan mengkaji semula dan menambah baik undang-undang dan peraturan serta Dasar Pilihan Raya agar ia sejajar dengan kehendak demokrasi dan amalan yang diguna pakai di peringkat antarabangsa.

"SPR turut memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan Pengurusan Pilihan Raya dengan memberi lebih ruang, peluang dan kemudahan kepada semua lapisan masyarakat dengan mempelbagaikan saluran pendaftaran dan penyemakan daftar pemilih dan juga memperkemas kini pengurusan pengendalian serta perjalanan pilihan raya," katanya.

NONEMohamed Nazri berkata kerajaan tidak bercadang untuk membuat reformasi dan transformasi terhadap institusi Parlimen.

"Berhubung dengan penubuhan sistem jawatankuasa, kerajaan berpandangan bahawa sistem dan prosedur sedia ada adalah memadai bagi Ahli Parlimen mengemukakan sebarang cadangan dalam membuat keputusan dalam penggubalan dasar negara," katanya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts @ Isu Realiti Politik

Followers

Sumber Info. Sila Klik.

Free Automatic Backlink
Text Back Link Exchange
Web Link Exchange
backlink
Free Automatic Link
top backlinks referers free
trafic backlinks
Free Automatic Link
Web Link Exchange
Text Back Links Exchanges

Sila Letakkan Backlink Ini Di Blog/ Web Anda

Iklan