
“PM amat berhati-hati dengan apa yang dikatakannya. Beliau berkata dia melawat lima kawasan (dan) orang ramai memberikan sambutan hangat. Jika sambutan hangat itu diterjemahkan sebagai undi dalam pilihan raya, BN mungkin berpeluang merampas beberapa kerusi.
“Tetapi beliau tidak sebut menawan negeri ini kerana perkara itu memerlukan penilaian lanjut. Mungkin Bernama salah melaporkan (kenyataan perdana menteri), kata Koh kepada wartawan semasa pelancaran sebuah buku di Kuala Lumpur hari ini.
Koh, ketika diminta mengulas kenyataan itu semalam, pada mulanya menyalahkan Malaysiakini kerana salah menterjemahkan kenyataan perdana menteri.
Bagaimanapun, beliau dimaklumakan bahawa berita berkenaan dibekalkan oleh agensi berita rasmi kerajaan iaitu Bernama.

"Suasana memihak kepada perasaan inginkan perubahan dan walaupun ia di peringkat sentimen, kita mahukan sentimen itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan," kata Najib yang dipetik Bernama.
Koh berkata kemungkinan besar wartawan Bernama itu terlalu bersemangat atau ghairah dalam laporannya.
Menurutnya, ketika mengiringi Najib dalam lawatan semalam, beliau menerima SMS daripada akhbar lain dan ditunjukkannya kepada Najib yang kemudian menafikan perkara itu.

“Terlalu awal bagi membincangkan rancangan menawan Pulau Pinang,” kata Koh.
“Jika kita bercakap mengenai menawan semula Pulau Pinang sekarang sedangkan kita belum memenangi sebarang kerusi, kita nampak semacam bongkak,” katanya.
No comments:
Post a Comment