RUANGAN IKLAN


Dapatkan Produk NISVIA Pada Harga RM35!!!


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com

Pageviews

Kerajaan Malaysia

Perdana Menteri Malaysia bukan dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Seramai 2483 orang perwakilan daripada 191 bahagian UMNO melantik Presiden UMNO. Presiden UMNO secara automatiknya akan diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Konklusi, Perdana Menteri dipilih oleh sebahagian kecil daripada ahli UMNO. Perwakilan tidak boleh dikatakan sebagai mewakili suara rakyat secara keseluruhan walau mereka memenangi pilihan raya sekalipun. Rakyat hanya memilih mereka pada peringkat DUN atau Parlimen jika perwakilan itu memegang salah satu atau kedua-kedua kerusi tersebut. Bagaimanapun ia tidak membolehkan perwakilan mewakili rakyat dalam memilih Perdana Menteri Malaysia.

Tuesday, April 19, 2011

MB Ugut Rakyat

 Kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakub untuk menutup semua kilang di Gebeng jika Lynas Corporation yang memproses ‘rare earth’ tidak dibenarkan beroperasi disifatkan sebagai ugutan.

Pengerusi Majlis Bertindak Rakyat Negeri Pahang, Syed Ali Badaruddin Syed Othman, menganggap kenyataab bersifat ugutan tersebut dibuat setelah Kerajaan Negeri Pahang terdesak dengan bantahan rakyat dan tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Syed Ali memberi reaksi demikian kepada Harakahdaily, bagi mengulas kenyataan Adnan semalam ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang ke 12, yang berkata kilang-kilang lain juga perlu ditutup sekali kerana mereka turut mengeluarkan bahan radioaktif.

“Jika kerajaan mengambil tindakan menghentikan projek Lynas, maka kilang-kilang lain juga perlu ditutup sekali karana mereka turut mengeluarkan bahan radioaktif.

“Kita lihat nanti reaksi keluarga serta 20,000 pekerja Gebeng sekiranya kerajaan negeri terpaksa mengambil tindakan menutup seluruh kawasan perindustrian tersebut,” kata Adnan semasa mencelah perbahasan berkaitan kilang Lynas.

Lynas Corporation Ltd (Lynas) merupakan syarikat milik penuh Australia yang memproses ‘rare earth’ bagi tujuan industri. Bahan tersebut dipunggah dari Australia manakala sisa pemprosesan iaitu bahan buangan thorium yang dikatakan mengandungi bahan radioaktif yang berbahaya kepada manusia dan alam itu, dilupuskan di Kuantan.

Mengikut kelulusan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pahang, syarikat berkenaan mula beroperasi September ini.

Syed Ali berkata, walaupun kilang Lynas merupakan pelaburan kepada negeri ini tetapi sangat berisiko yang akan ditanggung rakyat dan mempunyai kesan dalam jangka panjang yang tidak terfikir pada masa akan datang.

“Jadi pelaburan ini secara tidak langsung boleh ‘menghalau’ pelabur yang lain kerana kesan jangka panjangnya iatu dari segi fizikal atau mekanikal, apabila berlaku bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan sebagainya tidak menjamin keselamatan pelupusan radioaktif.

“Kalau kita tengok, di Jepun semuanya pakar-pakar hebat tetapi bila berlaku Tsunami semunya hancur. Ini pula negeri ini yang tidak ada kepakaran seperti negara-negara maju, satu masa kalau berlaku bencana siapa akan bertanggungjawab,” soalnya.

Syed Ali berkata, kenapa kerajaan negeri perlu memilih pelaburan berisiko sedangkan negeri ini pilihannya banyak kerana kaya dengan hasil hutan tropika, pelbagai sumber galian, hasil tanah dan produk pelancongan yang kaya.

“Jadi pada saya MB hanya mengugut apabila berkata seluruh kilang di kawasan Gebeng patut ditutup jika kilang Lynas tidak dibenarkan beroperasi kerana bantahan rakyat,” katanya.



Seorang lagi pemimpin bodoh di Malaysia dan mungkin dia ada kepentingan dalam projek ini.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts @ Isu Realiti Politik

There was an error in this gadget

Followers

Sumber Info. Sila Klik.

Free Automatic Backlink
Text Back Link Exchange
Web Link Exchange
backlink
Free Automatic Link
top backlinks referers free
trafic backlinks
Free Automatic Link
Web Link Exchange
Text Back Links Exchanges

Sila Letakkan Backlink Ini Di Blog/ Web Anda

Iklan