RUANGAN IKLAN


Dapatkan Produk NISVIA Pada Harga RM35!!!


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com

Pageviews

Kerajaan Malaysia

Perdana Menteri Malaysia bukan dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Seramai 2483 orang perwakilan daripada 191 bahagian UMNO melantik Presiden UMNO. Presiden UMNO secara automatiknya akan diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Konklusi, Perdana Menteri dipilih oleh sebahagian kecil daripada ahli UMNO. Perwakilan tidak boleh dikatakan sebagai mewakili suara rakyat secara keseluruhan walau mereka memenangi pilihan raya sekalipun. Rakyat hanya memilih mereka pada peringkat DUN atau Parlimen jika perwakilan itu memegang salah satu atau kedua-kedua kerusi tersebut. Bagaimanapun ia tidak membolehkan perwakilan mewakili rakyat dalam memilih Perdana Menteri Malaysia.

Sunday, March 20, 2011

Retorik Pengunduran Taib


Sememangnya isu pengunduran Taib Mahmud (CM Sarawak) begitu hangat diperkatakan menjelang pilihan raya negeri kali ini. Sebenarnya ramai pihak yang gembira mendengar berita seumpama ini. Namun, sedarkah mereka bahawa isu pengunduran Taib tersebut mungkin hanyalah sekadar penyeri sembang di kedai-kedai kopi sempena pilihan raya ini. Apabila tamatnya pilihan raya, tamatlah isu pengunduran ini dan berterusanlah legasi pemerintahan Taib Mahmud di bumi kenyalang.

Memang Taib sedar bahawa rakyat inginkan beliau berundur kerana sudah terlalu lama beliau memerintah dan rakyat juga tahu bahawa beliau banyak mengambil kesempatan atas kapasiti beliau sebagai pemegang posisi Ketua Menteri. Oleh itu, menjelang pilihan raya ini, beliau sering sahaja membangkitkan isu bahawa beliau akan berundur.

Soalnya ialah  BILA???


Semasa lawatan Najib ke Kuching Sabtu lepas, Najib mendedahkan di sidang media bahawa Taib akan berundur apabila tiba masanya.

"Tiba masanya.."

Itu merupakan satu klausa yang sangat subjektif maksudnya. Boleh jadi esok, lusa, tahun depan, 5 tahun lagi, 10 tahun lagi.. Bila-bila masa sahaja.

Kata-kata "Taib akan berundur" hanyalah bagi mendapatkan sokogan rakyat bagi pilihan raya sahaja. Dengan pengumuman Najib bahawa Taib akan mengetuai jentera pilihan raya serta bertanding bagi pilihan raya kali ini juga menunjukkan bahawa Taib mempunyai signifikan yang tersendiri terhadap pemerintahan Najib. Keadaan ini ditambah dengan sikap Taib sendiri yang kelihatan seolah-olah amat "liat" untuk berundur dan amat dominan dalam apa jua peringkat pentadbiran di negeri Sarawak.

Oleh itu, keinginan rakyat Sarawak untuk melihat seorang Ketua Menteri yang baru mungkin hanyalah sekadar "impian murni yang tidak kesampaian". Niat yang baik tidak selalunya terlaksana. Anda sekali lagi terpaksa menyimpan impian tersebut untuk tempoh yang belum pasti...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts @ Isu Realiti Politik

Followers

Sumber Info. Sila Klik.

Free Automatic Backlink
Text Back Link Exchange
Web Link Exchange
backlink
Free Automatic Link
top backlinks referers free
trafic backlinks
Free Automatic Link
Web Link Exchange
Text Back Links Exchanges

Sila Letakkan Backlink Ini Di Blog/ Web Anda

Iklan