RUANGAN IKLAN


Dapatkan Produk NISVIA Pada Harga RM35!!!


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com

Pageviews

Kerajaan Malaysia

Perdana Menteri Malaysia bukan dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Seramai 2483 orang perwakilan daripada 191 bahagian UMNO melantik Presiden UMNO. Presiden UMNO secara automatiknya akan diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Konklusi, Perdana Menteri dipilih oleh sebahagian kecil daripada ahli UMNO. Perwakilan tidak boleh dikatakan sebagai mewakili suara rakyat secara keseluruhan walau mereka memenangi pilihan raya sekalipun. Rakyat hanya memilih mereka pada peringkat DUN atau Parlimen jika perwakilan itu memegang salah satu atau kedua-kedua kerusi tersebut. Bagaimanapun ia tidak membolehkan perwakilan mewakili rakyat dalam memilih Perdana Menteri Malaysia.

Friday, March 11, 2011

Propa Kerajaan Pusat


Kalau lah sesiapa menonton berita di RTM1 pukul 5 petang hari ini, mesti perasan sesuatu yang sangat obvious. Kononnya ia dinamakan Laporan Khas dalam berita tersebut.

Situasinya adalah;

Situasi 1:

Laporan mengenai Kelantan. Laporan difokuskan mengenai aspek ekonomi di negeri terbabit. Semua yang dilaporkan adalah dari sisi negatif. Responden pula merupakan individu-individu yang berjaya dalam perniagaan dan perniagaan mereka itu pula beroperasi di Kuala Lumpur. Responden, yang sememangnya pro-kerajaan* memberi ulasan dari aspek pembangunan infrustruktur di negeri tersebut.

Komen Penulis: Kenapa la cetek sangat pengetahuan minda si lelaki yang sorang ni. Nak suruh kerajaan negeri Kelantan laksanakan pembangunan infrustruktur-infrustruktur yang kaw-kaw macam mana kalau bajet tak berapa kaw. Pendapatan yang sepatutnya diperoleh oleh kerajaan negeri tetapi dinafikan. Kemudian, kononnya kasihankan rakyat Kelantan, diberikan pula royalti. Itu pun melalui JPPP. Dah sah-sah la kena kaut kat JPPP tu sebahagian. mana penting antara pembangunan infrustruktur dengan pembangunan rohani? Duit banyak tidak semesti senang...

Situasi 2:

Laporan mengenai Muara Tuang di Sarawak. Kononnya lebih kurang tiga (3) tahun lepas ia merupakan sebuah kawasan pedalaman. Kalau betullah 3 tahun lepas ia merupakan kawasan pedalaman, memang kerajaan BN tersangat GAGAL. Ini kerana DUN Muara Tuang hanyalah berjarak 20 minit dari bandaraya Kuching. walaupun jaraknya sangat dekat, kenapa setelah berpuluh-puluh tahun di bawah kerajaan BN baru ia dibangunkan?

Berdasarkan cara laporan tersebut dilakukan, ia mungkin akan menjadi pemangkin kepada beberapa banyak lagi faktor lain yang akan membawa kepada kekalahan kerajaan BN. Rakyat kini sebenarnya melalui pergerakan transisi dari generasi tua yang menelan bulat-bulat kenyataan kerajaan kepada generasi baru yang ada ability untuk menilai apa yang diperkatakan. Maka, ber'propa'lah dengan bijak. Jangan lagi gunakan RTM dengan cara yang tersangat BODOH.

*Agakan berdasarkan statement yang dinyatakan.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts @ Isu Realiti Politik

There was an error in this gadget

Followers

Sumber Info. Sila Klik.

Free Automatic Backlink
Text Back Link Exchange
Web Link Exchange
backlink
Free Automatic Link
top backlinks referers free
trafic backlinks
Free Automatic Link
Web Link Exchange
Text Back Links Exchanges

Sila Letakkan Backlink Ini Di Blog/ Web Anda

Iklan