
"Betulkan fakta dulu. Ini masalahnya dengan PAS, suka ambil sebaris dan tidak lihat kenyataan yang menyeluruh,” katanya ketika menjawap soalan tambahan daripada Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) semasa sesi soal jawab di parlimen.
Fitnah, tohmahan dan menipu
"Siapa cakap ni? Ini fitnah, tohmahan dan menipu. Saya nak Rantau Panjang beritahu dalam kes tertentu, di mana yang berlaku campur tangan urusan,” katanya.

"Selain itu, kita perlu baca sepenuhnya kenyataan Wanita Pertama kita (berhubung isu tsunami), bukan sekerat-sekerat dan (kemudian) dakwa macam-macam," katanya.
Menurut Nazri, undangan kepada Rosmah bagi menyampaikan ucaptama di luar negara seharusnya dilihat sebagai pengiktirafan dan penghormatan kepada negara.
Katanya, ia adalah pengiktirafan kepada Malaysia sebagai antara negara Islam atau anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang mempunyai dasar, strategi dan pelaksanaan terbaik dalam bidang pendidikan, pendidikan awal dan penjagaan kanak-kanak, pembangunan wanita serta kebajikan.
Persepsi negatif
Menurutnya lawatan isteri Perdana Menteri ke luar negara termasuk menyampaikan ucaptama di Seminar Kepemimpinan Wanita di Dubai dan Forum Wanita ASEAN di Singapura pada 2009 serta Seminar Antarabangsa Pertama mengenai Pengurusan Kualiti Pendidikan K-12, atas jemputan Timbalan Menteri Pelajaran Arab Saudi di Riyadh, Arab Saudi, Januari lalu.

Tajuddin ingin tahu mengenai peranan dan sumbangan Wanita Pertama kepada negara melalui beberapa siri lawatan ke luar negara.

"Dalam Dewan kita tidak boleh tipu. Jadi, kalau ada yang mahu bertanya, tanya dalam Dewan jika betul-betul mahu maklumat dan bukan fitnah di kedai kopi," katanya.
No comments:
Post a Comment