RUANGAN IKLAN


Dapatkan Produk NISVIA Pada Harga RM35!!!


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com

Pageviews

Kerajaan Malaysia

Perdana Menteri Malaysia bukan dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Seramai 2483 orang perwakilan daripada 191 bahagian UMNO melantik Presiden UMNO. Presiden UMNO secara automatiknya akan diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Konklusi, Perdana Menteri dipilih oleh sebahagian kecil daripada ahli UMNO. Perwakilan tidak boleh dikatakan sebagai mewakili suara rakyat secara keseluruhan walau mereka memenangi pilihan raya sekalipun. Rakyat hanya memilih mereka pada peringkat DUN atau Parlimen jika perwakilan itu memegang salah satu atau kedua-kedua kerusi tersebut. Bagaimanapun ia tidak membolehkan perwakilan mewakili rakyat dalam memilih Perdana Menteri Malaysia.

Monday, March 28, 2011

Nazri Aziz Masuk DAP?

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Kemarahan pimpinan MCA terhadap Datuk Seri Nazri Aziz nampaknya belum berakhir walaupun Naib Presidennya, Datuk Ng Yen Yen berkata, parti tidak mencadangkan agar Nazri meletakkan jawatan.

Hari ini, ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Loh Seng Kok mencadangkan agar Nazri menyertai DAP ekoran dakwaannya DAP adalah parti pelbagai kaum.

Loh yang juga Timbalan Pengerusi Biro Penerangan MCA dalam kenyataan medianya hari ini berkata, penyertaan Nazri sesuai kerana DAP masih belum mempunyai suara Melayu yang cukup.

Loh menyertai rakan-rakannya dalam MCA menyerang Nazri ekoran temubual khas Nazri dengan akhbar Nanyang Siang Pau baru-baru ini.

Dalam wawancara itu, Nazri menyelar MCA yang terus-terusan menyalahkan Umno ekoran kekalahan mereka dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Dia juga mencabar MCA tinggalkan BN jika tidak berpuashati dengan Umno daripada terus-terusan memukul Umno setiap waktu.

Nazri juga memberikan amaran kepada Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek agar jangan berlagak seumpama hero Cina yang cuba menaikkan reputasinya dengan memperlekehkan Umno.

Dia juga mempermainkan Chua ekoran DVD seksnya dengan berkata, dia telah tidak diterima oleh pengundi kerana 'alat sulitnya' telah terdedah kepada umum.

"... ia telah dilihat oleh semua orang, awak fikir pengundi wanita akan sokong dia," kata Nazri dalam wawancara dengan Nanyang itu.

Dalam wawancara itu juga, Nazri berkata, MIC sepatutnya menyerahkan kesemua enam kerusi DUNnya di Perak selepas kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu.

Ahli perlimen Padang Rengas, Perak itu berkata, parti kaum India itu tewas di kesemua enam kerusi yang ditandinginya di Perak dalam pilihan raya umum lalu, dan kerusi-kerusi tersebut boleh menyebabkan Perak jatuh semula ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts @ Isu Realiti Politik

Followers

Sumber Info. Sila Klik.

Free Automatic Backlink
Text Back Link Exchange
Web Link Exchange
backlink
Free Automatic Link
top backlinks referers free
trafic backlinks
Free Automatic Link
Web Link Exchange
Text Back Links Exchanges

Sila Letakkan Backlink Ini Di Blog/ Web Anda

Iklan