RUANGAN IKLAN


Dapatkan Produk NISVIA Pada Harga RM35!!!


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com

Pageviews

Kerajaan Malaysia

Perdana Menteri Malaysia bukan dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Seramai 2483 orang perwakilan daripada 191 bahagian UMNO melantik Presiden UMNO. Presiden UMNO secara automatiknya akan diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Konklusi, Perdana Menteri dipilih oleh sebahagian kecil daripada ahli UMNO. Perwakilan tidak boleh dikatakan sebagai mewakili suara rakyat secara keseluruhan walau mereka memenangi pilihan raya sekalipun. Rakyat hanya memilih mereka pada peringkat DUN atau Parlimen jika perwakilan itu memegang salah satu atau kedua-kedua kerusi tersebut. Bagaimanapun ia tidak membolehkan perwakilan mewakili rakyat dalam memilih Perdana Menteri Malaysia.

Thursday, March 17, 2011

April "Hampir Pasti"



Jika tiada berlaku sesuatu di luar dugaan, maka pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 “hampir pasti” diadakan bulan depan, dengan tarikh penamaan calon dan pengundian ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

azlanPresiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk James Jemut Masing berkata, Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud telah memberi bayangan yang jelas mengenainya dalam mesyuarat kabinet negeri pagi ini, bahawa pilihan raya negeri akan diadakan pada bulan April.

“Beliau membayangkan demikian, meminta kita bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya,” kata Masing ketika dihubungi Malaysiakini.

“Jika anda mahu bertaruh, anda boleh bertaruh pilihan raya akan diadakan pada bulan April,” kata Masing, yang juga menteri pembangunan tanah Sarawak.

”Ada kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan hujung bulan ini untuk mengadakan pilihan raya bulan depan,” katanya.

“Saya yakin hanya ketua menteri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tahu tarikh pembubaran DUN, tetapi beliau (Taib) tidak memberitahu kami bila.

“Tetapi anda boleh mengagak bila ia akan diadakan. Ia umpama mengagak bila akan hujan dengan melihat pada awan hitam di langit,” tegasnya.

Sebaik sahaja DUN dibubarkan, kata Masing, maka terpulanglah kepada SPR untuk menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian diadakan.

NONEPilihan raya negeri kesembilan diadakan pada 20 Mei 2006 dengan
hari penamaan calon pada 9 Mei, untuk memilih 71 wakil rakyat di negeri itu.

DUN dibubarkan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng (kiri) pada 24 April 2006 atas nasihat Taib.

Pada hari penamaan calon, BN menang dua kerusi tanpa bertanding. Bagaimanapun BN kalah sembilan kerusi lain kepada pembangkang pada hari pengundian.

BN kini mempunyai 63 ADUN, termasuk Johnical Rayong (Engkilili) yang melompat dari SNAP untuk menyertai SUPP awal tahun ini.

DAP pula mempunyai enam kerusi, manakala PKR dan Parti Cinta Malaysia (PCM) masing-masing satu kerusi.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts @ Isu Realiti Politik

Followers

Sumber Info. Sila Klik.

Free Automatic Backlink
Text Back Link Exchange
Web Link Exchange
backlink
Free Automatic Link
top backlinks referers free
trafic backlinks
Free Automatic Link
Web Link Exchange
Text Back Links Exchanges

Sila Letakkan Backlink Ini Di Blog/ Web Anda

Iklan