RUANGAN IKLAN


Dapatkan Produk NISVIA Pada Harga RM35!!!


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com

Pageviews

Kerajaan Malaysia

Perdana Menteri Malaysia bukan dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Seramai 2483 orang perwakilan daripada 191 bahagian UMNO melantik Presiden UMNO. Presiden UMNO secara automatiknya akan diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Konklusi, Perdana Menteri dipilih oleh sebahagian kecil daripada ahli UMNO. Perwakilan tidak boleh dikatakan sebagai mewakili suara rakyat secara keseluruhan walau mereka memenangi pilihan raya sekalipun. Rakyat hanya memilih mereka pada peringkat DUN atau Parlimen jika perwakilan itu memegang salah satu atau kedua-kedua kerusi tersebut. Bagaimanapun ia tidak membolehkan perwakilan mewakili rakyat dalam memilih Perdana Menteri Malaysia.

Saturday, January 1, 2011

Suruhanjaya Pilihan Raya

Di Malaysia, urusan berkaitan dengan pilihan raya akan diurustadbir oleh sebuah badan yang dikenali sebagai Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). SPR ini sangat penting sehingga ia dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu berkenaan Perkara 114 yang memberi mandat kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya, sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil jika tedapat kekosongan kerusi.
Pentadbiran SPR
Aspek struktur pentadbiran SPR sangat penting dalam usaha untuk memastikan hal-hal berkaitan pilihan raya sentiasa berjalan lancar. Oleh itu, menjadi tugas Yang DiPertuan Agong dengan dipersetujui oleh Majlis Raja-raja Melayu untuk melantik anggota pentadbir dalam SPR ini. Ia adalah berkenaan perlantikan individu yang menjawat jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan juga lima ahli jawatankuasa yang lain. Selain itu, dalam SPR juga terdapat seorang Setiausaha yang bertindak selaku Ketua Pegawai Pentadbir Suruhanjaya Pilihan Raya. Secara umumnya, semasa proses untuk melantik anggota SPR tersebut, Yang DiPertuan Agong perlulah menimbang aspek yang paling asas dalam pilihan raya iaitu demokrasi. Hal yang demikian kerana faktor kepercayaan terhadap suruhanjaya itu sangat penting. Yang DiPertuan Agong perlu memilih dan melantik pihak yang dilihat mampu menarik kepercayaan pihak awam dan bebas dalam setiap aspek.


Fungsi dan Kuasa SPR
Sememangnya SPR ditubuhkan berasaskan objektif tertentu dan dalam usaha untuk mencapai objektif tersebut, maka ia perlulah mempunyai fungsi untuk dilaksanakan. Antara fungsi SPR ini ialah mengadakan Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Selain itu, SPR juga berperanan sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab untuk memastikan pilihan raya berjalan dengan lancar sepanjang ia berlangsung. Menjadi tugas SPR bagi mengurus segala keperluan dan menyelesaikan perkara-perkara berkaitan pilihan raya pada hari pengundian seperti penyediaan kotak undi dan mengawal pergerakan orang awam dalam dewan pembuangan undi.
Selain itu, SPR juga mempunyai fungsi dalam mengatur dan menyesuaikan pengundi dengan kawasan pembuangan undi. Perkara ini sangat penting terutamanya apabila persempadanan semula kawasan pilihan raya diadakan. Salah faham dalam tempat pembuangan undi akan menyebabkan pengundi tidak dapat melakukan langkah membuang undi dan situasi sedemikian sangat merugikan semua pihak. Kemudian, sebagai pihak yang amat memahami kepentingan untuk membuang undi, SPR ini juga turut bertanggungjawab dalam menyedarkan orang awam yang sudah layak untuk mengundi supaya mendaftar nama mereka sebagai pengundi. Ia akan menggunakan pelbagai saluran yang ada seperti melalui televisyen dan surat khabar serta juga medium komunikasi lain seperti internet bagi mempromosi kepentingan untuk membuang undi.
Di samping itu, dalam setiap aspek pasti akan akan pro dan kontranya. Begitu juga dalam aspek pengundian. Jika ada pihak yang layak mengundi, pastinya ada juga pihak yang tidak layak mengundi. Selain faktor umur, terdapat beberapa lagi faktor yang membawa kepada ketidaklayakan sesuatu pihak untuk membuang undi. Maka, menjadi tugas SPR untuk mengenal pasti nama-nama yang tidak layak mengundi dan disenaraihitamkan daripada membuang undi semasa hari pengundian. Satu lagi elemen yang sangat penting berkenaan SPR ini ialah kuasa untuk melakukan persempadanan semula. SPR mempunyai fungsi dan kuasa untuk melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya dengan mengambil kira beberapa faktor selepas kajian dilakukan. Bagaimanapun, persempadanan semula ini hanya boleh dilakukan setiap tidak kurang daripada lapan tahun.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts @ Isu Realiti Politik

Followers

Sumber Info. Sila Klik.

Free Automatic Backlink
Text Back Link Exchange
Web Link Exchange
backlink
Free Automatic Link
top backlinks referers free
trafic backlinks
Free Automatic Link
Web Link Exchange
Text Back Links Exchanges

Sila Letakkan Backlink Ini Di Blog/ Web Anda

Iklan