RUANGAN IKLAN


Dapatkan Produk NISVIA Pada Harga RM35!!!


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com

Pageviews

Kerajaan Malaysia

Perdana Menteri Malaysia bukan dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Seramai 2483 orang perwakilan daripada 191 bahagian UMNO melantik Presiden UMNO. Presiden UMNO secara automatiknya akan diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Konklusi, Perdana Menteri dipilih oleh sebahagian kecil daripada ahli UMNO. Perwakilan tidak boleh dikatakan sebagai mewakili suara rakyat secara keseluruhan walau mereka memenangi pilihan raya sekalipun. Rakyat hanya memilih mereka pada peringkat DUN atau Parlimen jika perwakilan itu memegang salah satu atau kedua-kedua kerusi tersebut. Bagaimanapun ia tidak membolehkan perwakilan mewakili rakyat dalam memilih Perdana Menteri Malaysia.

Tuesday, January 4, 2011

PRU Akan Datang: Rembau Tiada Lagi KJ

Khary Jamaludin
Apa yang ingin disampaikan ialah Khary Jamaludin (KJ) TIDAK akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum akan datang. Ramai yang tertanya-tanya mengapa individu yang paling sangap jawatan dalam UMNO kini tidak mahu mempertahankan kedudukannya. Banyak perkara yang mungkin menjadi penyebab kepada kenyataan yang dikeluarkan beliau itu, tetapi yang mungkin menjadi salah satu daripadanya ialah beliau sememangnya sudah tidak mendapat sokongan yang secukupnya. KJ mungkin sudah menyedari realiti bahawa beliau bukanlah individu yang menjadi perhatian pihak-pihak berkepentingan lagi. Bahkan rakyat Rembau sendiri telah menunjukkan tindak-tanduk menolak kepimpinan beliau. Sememangnya dari dulu lagi ramai yang menentang beliau termasuklah penduduk Rembau itu sendiri. Hal ini kerana KJ dilihat tidak mempunyai integriti yang mantap untuk diangkat sebagai pemimpin yang boleh dijadikan contoh. Beliau terlibat dengan pelbagai isu yang boleh menjadi liabiliti terhadap UMNO sehinggakan beliau yang menjawat posisi sebagai Ketua Pemuda UMNO tidak dapat menyusup masuk ke dalam barisan Kabinet Kerajaan, malah dipintas pula oleh Naib Ketua Pemuda UMNO iaitu Mukhriz yang berjaya mencelah masuk ke dalam barisan Kabinet. Ini mungkin sebenarnya cara PM sekarang untuk memberi 'pengajaran' kepada beliau.

2 comments:

Popular Posts @ Isu Realiti Politik

Followers

Sumber Info. Sila Klik.

Free Automatic Backlink
Text Back Link Exchange
Web Link Exchange
backlink
Free Automatic Link
top backlinks referers free
trafic backlinks
Free Automatic Link
Web Link Exchange
Text Back Links Exchanges

Sila Letakkan Backlink Ini Di Blog/ Web Anda

Iklan