RUANGAN IKLAN


Dapatkan Produk NISVIA Pada Harga RM35!!!


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com

Pageviews

Kerajaan Malaysia

Perdana Menteri Malaysia bukan dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Seramai 2483 orang perwakilan daripada 191 bahagian UMNO melantik Presiden UMNO. Presiden UMNO secara automatiknya akan diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Konklusi, Perdana Menteri dipilih oleh sebahagian kecil daripada ahli UMNO. Perwakilan tidak boleh dikatakan sebagai mewakili suara rakyat secara keseluruhan walau mereka memenangi pilihan raya sekalipun. Rakyat hanya memilih mereka pada peringkat DUN atau Parlimen jika perwakilan itu memegang salah satu atau kedua-kedua kerusi tersebut. Bagaimanapun ia tidak membolehkan perwakilan mewakili rakyat dalam memilih Perdana Menteri Malaysia.

Friday, January 21, 2011

Cerita di Sebalik Cerita

Kebelakangan ini banyak betul kisah-kisah menarik berkenaan dengan senario politik tanah air. Tentunya yang berada dalam senarai ini ialah berkenaan dengan kejadian Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan dan akan berlaku dalam tempoh paling lewat 60 hari akan datang. Berdasarkan situasi sekarang, PRK terdekat ialah di DUN Tenang, kemudian diikuti di Pelabuhan Klang dan Merlimau. Pastinya di sebalik PRK tersebut terselit cerita-cerita di sebalik tabir kepada kejadian asal yang dipertontonkan kepada umum. Kita biarkan dulu pasal di DUN Tenang kerana pastinya selepas ini iaitu bermula daripada esok sehinggalah pada hari pembuangan undi, akan kedengaran cerita-cerita yang pro terhadap sesuatu pihak dan anti terhadap suatu pihak yang lain. Kita biarkan dulu cerita Tenang.

Di Pelabuhan Klang, bekas ADUNnya, Badrul Hisham Abdullah telah tampil membuat kenyataan sebagai tindakan balas terhadap pengisytiharan Speaker DUN. Beliau menyatakan bahawa beliau hadir pada majlis perasmian Sidang DUN pada 8 November. Dalam membuat kenyataan balas tersebut, mungkin beliau tidak terlalu membuat research tetapi hanya menurut minda logiknya dan sedikit sogokan info daripada kawan ADUN dari BN. Hasilnya, beliau telah tersilap taktik dan telah dicharge PENIPU oleh speaker. Itulah dikatakan menipu bodoh.

Lain pula halnya dengan apa yang terjadi dalam kes di Merlimau. Pengerusi SPR sekarang yang juga bekas setiausaha kerajaan negeri Melaka telah tersilap memaklumkan bahawa ADUN Merlimau telah meninggal dunia dan secara automatiknya berlakulah kekosongan kerusi, sedangkan pada waktu tersebut, Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan belum meninggal dunia. Kesilapan yang dilakukan oleh Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tersebut telah menyebabkan beliau dimarahi oleh bekas bosnya iaitu Ali Rustam. Tidak berapa lama kemudian barulah apa yang diisytiharkan oleh Abdul Aziz tersebut menjadi kenyataan.

Macam-macam hal yang berlaku. Pada peringkat awal untuk berlakunya pengundian yang akan datang dah berlaku perkara-perkara yang boleh membawa kepada pembongkaran yang lebih besar. Jalan-jalan ke arah itu seperti mahu terbuka. Tunggulah...


ps: Badrul adalah wakil Bebas yang pro BN.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts @ Isu Realiti Politik

Followers

Sumber Info. Sila Klik.

Free Automatic Backlink
Text Back Link Exchange
Web Link Exchange
backlink
Free Automatic Link
top backlinks referers free
trafic backlinks
Free Automatic Link
Web Link Exchange
Text Back Links Exchanges

Sila Letakkan Backlink Ini Di Blog/ Web Anda

Iklan