RUANGAN IKLAN


Dapatkan Produk NISVIA Pada Harga RM35!!!


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com

Pageviews

Kerajaan Malaysia

Perdana Menteri Malaysia bukan dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Seramai 2483 orang perwakilan daripada 191 bahagian UMNO melantik Presiden UMNO. Presiden UMNO secara automatiknya akan diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Konklusi, Perdana Menteri dipilih oleh sebahagian kecil daripada ahli UMNO. Perwakilan tidak boleh dikatakan sebagai mewakili suara rakyat secara keseluruhan walau mereka memenangi pilihan raya sekalipun. Rakyat hanya memilih mereka pada peringkat DUN atau Parlimen jika perwakilan itu memegang salah satu atau kedua-kedua kerusi tersebut. Bagaimanapun ia tidak membolehkan perwakilan mewakili rakyat dalam memilih Perdana Menteri Malaysia.

Friday, December 31, 2010

PRU 13 = PRN Sarawak??

Sejak kebelakangan ini kedengaran ura-ura bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 dan Pilihan Raya Negeri Sarawak akan dijalankan serentak. Memang situasi ini boleh dikatakan suatu yang agak menarik. Sebenarnya, khabar angin tersebut sebenarnya tidak boleh ditolak begitu saja. Mungkin isu ini boleh dilihat daripada beberapa sudut.

Pertama, jika diperhatikan, isu Pilihan Raya Negeri Sarawak semacam 'ditariktalikan' oleh pemimpin negeri. Terdapat elemen 'diperanjakkan' tarikh pilihan raya dan ia seolah-oleh menunggu satu waktu yang 'teramat' sesuai bagi pemimpin negeri untuk mendedah atau mengumumkan tarikh tersebut.

Kedua ialah berdasarkan situasi politik sekarang, tidak mustahil untuk diadakan pilihan raya serentak kerana Barisan Nasional berada dalam prestasi terbaik jika ia dinilai berdasarkan kepada keputusan beberapa Pilihan Raya Kecil yang telah dijalankan sebelum ini. Hal ini akan lebih kukuh jika momentum tersebut digabungkan dengan rekod Barisan Nasional di Sarawak dan ini seterusnya mampu memberi rangsangan dan janaan gerak kerja yang mantap dan seterusnya mampu membina persepsi positif masyarakat.

Selain itu, pergolakan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat terutamanya Parti Keadilan Rakyat juga boleh dikaitkan dengan perkara ini. Barisan Nasional mungkin ingin mahu mengambil kesempatan daripada situasi ini dan jika kena pada masanya, tuah akan memihak kepada mereka.

Bagaimanapun, ini semua hanyalah kemungkinan. Perkara yang sebenarnya hanya diketahui oleh pihak yang berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts @ Isu Realiti Politik

Followers

Sumber Info. Sila Klik.

Free Automatic Backlink
Text Back Link Exchange
Web Link Exchange
backlink
Free Automatic Link
top backlinks referers free
trafic backlinks
Free Automatic Link
Web Link Exchange
Text Back Links Exchanges

Sila Letakkan Backlink Ini Di Blog/ Web Anda

Iklan